Thursday, September 15, 2011

PONYO BUAT HAL..!!!

kata orang tuah ayam nampak di kaki dan tuah manusia nampak dibibir. Tapi, hari ini merupakan hari yang paling tidak bertuah bagi aku. Pasang alarm sampai lima jenis jam, jam loceng, jam kat iphone, jam kat blackberry, jam kat sony ericsson n jam kat swatch. bergagak gempita habis bilik aku tiap-tiap pagi. nak kata telinga aku sumbat mestilah tidak. nak kata tuli. hai ini sudah lebih. tak tahu lah kenapa liat sangat nak bangun pagi. mungkin aku masih inginkan naqib-naqib, ketua umum, tak pun ustaz-ustaz warden yang kejutkan aku. haha...
nak dijadikan cerita, hari ini kelas bermula pukul 8 pagi. selesai bersiap-siap ala-ala kadar tepat pukul 7.55 pagi aku pun turun ke tempat letak motor aku. tiba- tiba sesuatu yang tidak terjangkau dek akal suci aku ini terjadi. tayar belakang motor kesayangan aku pancit. PANCIT!. wahai ponyo, kenapalah dikau nak pancit diwaktu genting begini? bisikku pada ponyo. sudah lah aku ada lab test pagi ni. ponyo buat hal pulak.
akhirnya terpaksalah aku menapak-napak ke tempat menunggu teksi yang dekatnya beberapa kilometer dan lesaplah sudah rm5 duit terakhir yang berada didalam beg duit aku. akhir-akhir aku sampai kelas pukul 8.45 pagi. selepas penerangan yang agak konsisten dan penuh yakin. barulah cikgu aku percayakan cerita aku itu. sementelah aku berjaya membuat lab test aku dengan aman berjaya. weehaa!!
 


Ponyo gementar di bengkel.
akhirnya, aku terpaksa membayar rm15 kepada apek cina pemilik bengkel motor yang menggantikan tiub tayar belakang Ponyo. Demimu kukorbankan segalanya.

Wednesday, September 7, 2011

IF ONLY

disebabkan banyak sangat masa terluang semalam. jadi, aku pun mengambil kesempatan itu tuk mengisinya dengan menonton filem ini. diakui cerita ini merupakan salah satu cerita cinta yang tersenarai dalam list terbaik aku. tidak percaya? cubalah tengok.
apa yang menarik tentang cerita ini ialah kerana ia lari sedikit daripada kebiasaan filem-filem cinta dan romantik komedi yang lain. cerita ini memaparkan apa yang akan kita lakukan terhadap pasangan kita JIKA kita diberi peluang untuk bersamanya sehari sahaja lagi. aku boleh katakan yang cerita ini ada sedikit persamaan dengan filem final destination kerana watak utama didalam kedua-dua buah filem telah terpilih untuk mendapat bayangan awal apakah yang akan berlaku dimasa hadapan.
berbalik kepada filem If only ini, dibarisi oleh pelakon yang kacak dan cantik iaitu Jennifer love Hewitt dan Paul Nicholls dan mereka sebenarnya amat berbakat dan telah membawa watak yang diberi dengan bagus sekali menyebabkan filem ini terasa hidup dan setiap perasaan yang cuba di lontarkan menjadi dan dapat dirasa sekali oleh penonton. kecuali yang hati kering.
apa yang menarik dan agak tragis nya tentang filem ini ialah watak utama didalam filem ini iaitu Ian Windham mati diakhir cerita. sangat sedih.

ini merupakan salah satu soundtrack cerita ini. lagu ini amat bermakna dan begitu mendalam maksudnya dan telah menjadi siulan ramai.

Tuesday, September 6, 2011

CASABLANCA






Haha..mesti ramai yang tidak tahu tentang kewujudan filem ini. Tak pun kalau yang tahu mesti tidak percaya filem ini telah ditonton oleh aku. Sebabnya filem ini merupakan antara filem klasik amerika yang telah ditayangkan pada tahun 1942. Sangat lama dan hebat kan? Malaysia pun masih belum merdeka lagi pada masa itu.
Punca utama untuk menonton filem ‘romantic drama’ gred A ini adalah kerana ia tersenarai sebagai ‘the best romantic film’ dan telah memenangi tiga Academy Awards yg ke-16. Hebat! Dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan pada masa itu seperti Humprey Bogard dan Ingrid Bragman, soundtrack yang menjadi siulan ramai dan dialog yang melekat dihati penonton telah berjaya menyenaraikan filem ini sebagai ‘list of the film of all time’.
Sebenarnya aku pun tidak tahu kenapa filem ini bertajuk Casablanca. Selepas diselidik, rupa-rupanya Casablanca merupakan tempat dimana cerita in berlaku. Casablanca merupakan salah satu Bandar yang terbesar dan terkaya di Morocco. Ia terkenal kerana merupakan pelabuhan terbesar di utara afrika dan hebat dalam pengindustrian. Morocco merupakan salah satu Negara islam dan Casablanca diperintah oleh Mohammed Sajjid tetapi yang peliknya, di dalam filem ini langsung tidak menggambarkan Casablanca sebagai sebuah Bandar islam dan dihuni oleh ramai orang islam. Hanya satu sahaja watak yang menggambarkan orang islam ialah watak penjaga pintu kelab malam Rick's Café Américain milik Rick Blain. Itupun sebab nama dia Abdul.



Pada mulanya aku ingat cerita ini merupakan cerita cinta yang berat seperti The Notebook dan A Walk To Remember. Tapi, rupa-rupanya lebih kepada sejarah, intregiti seseorang dan sedikit cerita cinta yang ringan. Seperti biasa, yang hebat adalah bangsa Amerika.
Jadi, kepada penagih cerita cinta di luar sana. Casablanca bukanlah pilihan yang tepat untuk ditonton. Aku pun masih keliru dan pelik kenapa filem ini diangkat dan diwar-warkan sebagai filem yang hebat dan wajib ditonton. Adakah kerana watak utamanya menceritakan tentang kehebatan seorang yahudi amerika ataupun pengarahnya telah berjaya menggarap cerita itu menjadi begitu simbolik sekali.

you would regret it if you stayed, "Maybe not today, maybe not tomorrow, but soon and for the rest of your life."

R.A.Y.A = FAMILIES!!!!!




sedar tak sedar hari ini merupakan hari yang ke sembilan di bulan syawal ini. sekejap sahaja masa berlalu. tak sedar pun ramadhan sudah meninggalkan kita. keseronokan, keghairahan dan keceriaan di pagi hari raya masih lagi segar dan hidup di hati ini. betul la orang-orang bijak pandai berkata-kata. masa memang tidak menunggu kita dan kitalah yang perlu mengejar masa setiap detik, saat, minit dan jam.  picture speak louder than writing. Jom tengok gambar raya!

baju ini khas tuk sembahyang raya sahaja. hihi

ude pun menjadi mangsa..haha

me and along

me and uda

tema hijau kecuali abgnyah

ude, along dan aku


alhamdulillah, raya tahun ini berjalan dengan lancar. semoga aku dipertemukan lagi dengan ramadhan dan syawal pada tahun hadapan. wee!!

Wednesday, August 3, 2011

Don't Stop Believing

Just a small town girl, livin' in a lonely world 
She took the midnight train goin' anywhere 
Just a city boy, born and raised in south Detroit 
He took the midnight train goin' anywhere 
A singer in a smokey room 
A smell of wine and cheap perfume 
For a smile they can share the night 
It goes on and on and on and on 
(Chorus) 
Strangers waiting, up and down the boulevard 
Their shadows searching in the night 
Streetlights people, living just to find emotion 
Hiding, somewhere in the night. 

Working hard to get my fill, 
Everybody wants a thrill 
Payin' anything to roll the dice, 
Just one more time 
Some will win, some will lose 
Some were born to sing the blues 
Oh, the movie never ends 
It goes on and on and on and on 

(Chorus) 
Don't stop believin' 
Hold on to the feelin' 
Streetlights people 


live and work in London

have my big fat dream home

always honeymoon at Paris

have beautiful and harmony family

Saturday, July 30, 2011

salam ramadhan..





hahaha..
action speak better than word..
so dengan semangat berjubah dan berserban..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 yg lepas..
dapat puasa penuh sebulan..
tidak tinggal tarawikh..
tiap2 hari istiqamah melakukan amalan wajib..
tingkatkan amalan sunat..
amin.

p/s: yey!! dpt g bazaar tiap2 hari..

Tuesday, July 26, 2011

exam mode...




next week da nk exam...
midterm exam...
waa...
preparation??
still blur...
hahahaaa...
wish me luck...
wish me success...
hehe..