Wednesday, July 17, 2013

SEHARI BERSAMA ANAK PELARIAN SOMALIA

Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk menyertai program bersama anak-anak pelarian somalia. Program ini di jalankan oleh MyCorps iaitu sebuah badan sukarelawan yang membantu dan menyelesaikan isu-isu antarabangsa. Terima kasih kepada president MyCorp iaitu saudara Ashraff Rahman yang lebih mesra dipanggil Ash yang sudi menjemput diri ini untuk menyertai aktiviti yang sangat bermanfaat dan memberi seribu pengalan berguna pada diri ini.

Program ini bermula dengan para sukarelawan berkumpul di padang permainan flat di area taman Melati. Untuk pengetahuan semua di flat inilah para pelarian Somalia ini tinggal. Sukarelawan pula terdiri daripada belia-belia Malaysia yang bersemangat tinggi dan mempunyai semangat kesukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan. 


saya dan rakan bersama adik angkat kami yang sangat nakal!

Kemudian kami telah diberi setiap seorang adik angkat yang terdiri daripada anak-anak pelarian somalia yang comel ini. kami juga ditugasakan untuk menjaga keselamatan dan membina ikatan ukhuwah bersama mereka. 




bersama saudara azim salah seorang volunteer dan anak-anak pelarian somalia yang petah berbahasa melayu.

penggerak MyCorps merangkap senior dalam arena kesukarelawan. banyak ilmu yang perlu ditimba!

adik angkat kami yang hyperaktif lagi gedix..!!

sungguh lincah dan banyak kerenah. terpaksa melayan walaupun keterbatasan bahasa.

program ini telah mendapat liputan TV Al-Hijrah.





MIMMA Mixed Martial Arts Fighting Championship 2013

Alhamdulillah diri ini diberi kesempatan dan peluang oleh yang maha esa untuk pertama kalinya dalam hidup ini menapak ke Stadium Negara dan menonton MIMMA 2013 yang sangat memberangsangkan lagi menakutkan. Kenapa menakutkan? Haa...kena baca sampai habis entry ini.





Terima kasih tidak terhingga kepada ChurpChurp kerana sudi menaja dan memberi peluang keemasan  kepada insan kerdil ini. Yey!! Untuk pengetahuan semua saya telah memenangi tiket MIMMA 2013 ini dengan memasuki pertandingan yang dijalankan oleh ChurpChurp. Mudah dan senang sahaja pertandingannya dan diri ini berjaya mengaut dua tiket Bronze!! Antara kawan blogger yang memenangi tiket MIMMA 2013 ialah atikah ramlan dan pena berkala. Ini geng& yang hadir..!!







Diri yang tersangat gembira dan teruja ini telah sampai di Stadium Negara tepat jam 5.30 petang sebab dikhabarkan acara akan bermula jam 6.00 petang. Suasana di perkarangan stadium amatlah meriah, dengan kepelbagaian ragam manusia yang boleh dikatakan 90% berbadan sasa ala-ala Tok Bahaman ( terasa sangat kekerdilan diri ini), dentuman penguat suara yang memutarkan lagu-lagu rancak dan gerai-gerai pameran seperti TuneTalk, MuaiThai dan Carl's Jr. Perkara yang mengejutkan dan menakjubkan saya ialah MIMMA 2013 bermula selepas azan maghrib berkumandang. Giler tabik spring!!


Sepanjang program ini berlangsung semuanya bolehlah dikatakan sempurna. Baik dari segi pentas, pencahayaan, skrin, keselamatan, kaunter tiket, kenersihan, kelancaran majlis dan layanan dari pihak penganjur. Cuma suara pengacara majlis atau dalam bahasa inggeris MC tu agak kelakar sedikit. Suara MC tu sangatlah nyaring dan cara dia bercakap macam nyonya cina jual sayur bercayap.Tak tahu la MC memang sepatutnya bersuara sedemikian ataupun itu adalah taktik sebagai daya penarik program. Alhamdulillah tempat dudk kami sangatlah strategik sebab boleh nampak setiap aksi para pelawan MIMMA 2013 dengan sangat jelas ditambah pula dengan bantuan skrin LED lebar. Best woo..




Saturday, April 13, 2013

“Iron Man 3: My Way”


"TODAY IS THE FIRST DAY WHAT'S LEFT IN YOUR LIFE"
Siapakah di sini tidak pernah menonton cerita wayang Iron Man tak pun dalam bahasa melayu dipanggil lelaki besi? Jika anda pernah menonton dan mengikut perkembangan semasa francais cerita ini maka anda bolehlah dianggap seperti gagak diluar gua. Jadi bagi sesetengah insan yang tidak berapa ambil tahu pasal Iron Man bolehlah membaca dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci di sini IRONMAN 





Untuk pengetahuan pembaca sekalian cerita Iron Man ini bolehlah dikatakan berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri daripada cerita-cerita watak adiwira picisan yang lain. Selalunya adiwira yang dicipta oleh masyarakat barat merupakan adiwira yang tidak sengaja terjadi seperti tergigit labah-labah, terminum toxic yang menyebabkan ganguan genetik tak pun watak hero yang datang dari plenet lain yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan manusia dibumi. Tapi, untuk watak Iron Man yang dilakonkan oleh pelakon berbakat besar kelas A iaitu Robert Downey Jr. watak ini direka, dicipta dan diwujudkan khas oleh hero itu sendiri. Dalam erti kata yang lain siapa nak jadi hero kenalah mengherokan diri




Jadi untuk entri kali ini saya ingin mengusulkan pakaian seragam baru yang amat istimewa dan tersendiri dan dicipta khas oleh saya untuk hero Iron Man kesayangan ramai. Perkara yang paling seronok dan membanggakan apabila baju baru yang akan saya usulkan ini dapat menarik perhatian juri-juri profesional yang kacak dan menawan lagi profesional dari pasukan NUFFNANG. Jika rezeki baik dan bertuah bolehlah memenangi tiket tayangan perdana yang amat dinanti-nantikan dan menjadi rebutan ramai orang dan jika bertuah kuasa dua dapatlah pulang dengan hadiah-hadiah yang amat gempak dan bisa menjatuhkan rahang orang yang melihatnya!! tak percaya tengok DISINI. Siapalah makhluk tuhan paling seksi yang tak nak??!! (nak topi...!!! T.T)




Jadi untuk penghasilan baju baru yang super gempak lagi menjojolkan mata untuk Iron Man ini saya menggunakan konsep IRON. Selalunya pabila kita cakap Iron mesti orang ingat besi seperti besi kongkrit, cerucuk, penyangkut baju besi takpun paku besi, tapi sebenarnya Iron kali ini diterjemahkan sebagai Zat Besi. Jadi siapa-siapa yang masih samar-samar tentang apakah itu zat besi yang sangat penting kepada tubuh badan seorang manusia apatah lagi seseorang yang ingin menjadikan dirinya adiwira (superhero) bolehlah menambah ilmu DISINI. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman antara makanan yang menyumbang zat besi terbanyak, tertinggi dan bagus untuk Iron Man ialah makanan berasaskan kerang-kerangan seperti lala, kima, siput sedut, kerang, tiram, ketam dan udang. Cengkerang atupun kulit luar yang keras pada haiwan ini dibuat daripada kalsium karbonat yang boleh memberi pelindungan yang maksima pada kerang-kerangan ini dan juga Iron Man!! Bayangkan...



Sementelah, baju baru iron Man ini diberi nama RIZAN-MOLLUSK-BESI SUIT. Ia diberi nama sebegitu unik kerana ia telah dicipta oleh pereka yang hebat iaitu saya dan merupakan anak malaysia sulung yang mencipta baju untuk iron man!! Pakaian ini direka dan dicipta sepenuhnya daripada cengkerang-cengkerang kalsium karbonat yang kuat, mantap, pejal, dan kukuh seperti besi yang memberi perlindungan tahap maksimum kepada Iron Man. Selain itu Iron Man juga akan diberi cecair khas yang mempunyai kandungan zat besi yang amat tinggi dan pekat untuh membolehkan Iron Man mendapat zat besi yang secukupnya yang bagus untuk tubuh badan seorang adiwira pujaan ramai untuk melawan semua anasir-anasir jahat lagi negetif. Selepas iron Man menyarungkan pakaian seragam yang baru ini tiada musuh yang berani mara kehadapan malah jika digertak sedikit pun sudah jauh mencicit berlari. Pakaian seragam ini juga menambahkan karisma, keperbadian dan keunggulan Iron Man. Ouuuyyyeeehh..!!!


topeng muka baru iron Man

baju seragam baru Iron Man


perhiasan berteknologi baru Iron man

senjata canggih baru Iron Man


Tuesday, March 5, 2013

MICHEAL BUBLE



VOL 1


VOL 2

Siapa peminat Micheal Buble angkat kening??
Hahaa..seronoknya rasa dihati ini bila dapat jumpa kompilasi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi bersuara lunak, lemak-lemak santan dan serak-serak basah ni. Jadi selepas ini kepada peminat-peminat suara Micheal Buble bolehlah mendengar semua lagu-lagu popular yang telah dinyanyikan oleh beliau di ruangan blog ini. Tak perlu susah-susah mencari di laman sesawang ataupun youtube. Ianya percuma disini. Gratis!

CINTA SIBUK

Cuba bayangkan kita punya pasangan sama ada kekasih hati, suami ataupun isteri seorang perdana menteri, CEO syarikat-syarikat besar, pengurus projek-projek mega dan macam-macam lagi kerjaya yang perlukan komitmen yang tinggi dan penggunaan masa seharian yang maksima pada kerjaya. Dari segi meterialistik, masyarakat umum akan mengangap yang kehidupan mereka akan dipenuhi dengan limpahan kemewahan, punyai kad kredit yang mampu membeli apa saja, punyai pembantu yang boleh membantu dari segenap segi, punyai kereta-kereta mewah yang bisa menjatuhkan rahang masyarakat biasa melihatnya dan macam-macam lagi impian kehidupan mewah yang diimaginasikan setiap insan normal. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimanakah individu-individu sibuk ini menggunakan lebihan masa mereka untuk bersama insan tersayang? cukupkah masa yang tinggal untuk digunakan bersama insan tersayang? ataupun adakah insan tersayang mendapat perhatian, masa dan kasih sayang yang cukup dari mereka dek kerana kesibukan bekerja?


Sebagai insan biasa yang dilahirkan dari susur galur keluarga yang biasa pengalaman untuk berada dalam kehidupan yang sarat dengan kesibukan dan aktiviti yang padat memang tidak pernah berlaku. Masih ingat lagi ketika zaman persekolahan, bangun pagi bersama-sama, sarapan pagi bersama-sama, nak pergi ke sekolah cium tangan dan pipi abah dan emak kemudian berjalan kaki menuju kesekolah. Bila habis sekolah berjalan kaki pulang ke rumah, sampai di depan pintu rumah sudah dapat meneka mak masak apa hari ini. kemudian Along sampai rumah, Abang nyah sampai dan selalunya abah yang bekerja sebagai tentera sampai akhir sekali. selepas itu makan tengahari bersama-sama. Bila hujung minggu pula semua ahli keluarga ada di rumah. tengok televisyen bersama-sama, tolong emak masak masakan istimewa dihujung minggu dan kalau abah rajin, ke Telok Batik kami sekeluarga. Itu contoh kehidupan orang biasa seperti kami sekeluarga.


Tapi sekali lagi bayangkan bagaimanakah kehidupan pasangan tak pun sebuah keluarga yang sibuk. Ayah pengurus bank selalu diluar kawasan, emak artis popular yang selalu ada penggambaran disana-sini, kakak penulis blog yang sentiasa dihadapan laptop, abang ada kelas di universiti, adik-adik yang masih di sekolah siapa nak urus dan jaga? bibik jugak. 


Kesimpulannya, 
  1. Bercinta dengan orang sibuk melelahkan.
  2. Keluarga yang sibuk menyebabkan kurangnya agihan kasih sayang dan masa diluangkan bersama.
  3. Patutlah dalam cerekarama melayu banyak memaparkan orang kaya berkahwin dengan orang miskin supaya dapan mengimbangi antara satu sama lain.
  4. Jika kita mahu, sesibuk manapun dan setidak cukup masa manapun kita akan cuba untuk bersama org tersayang.
  5. Jangan sakiti hati orang yang kita sayang.





Friday, February 15, 2013

NUFFNANG'S 6TH BIRTHDAY BASH..!!!



SIAPA TAK KENAL KATY PERRY..??!!
siapa yang tak kenal tu mestilah katak dibawah tempurung tak pun biawak dalam gua tak pun tikus dalam almari sebab si cantik dan sexy Katy Perry ini sangat lah terkenal dan berjaya memukau semua orang untuk terkesima dengan kehadirannya. Beliau memang sangat berbakat menulis lirik, membuat lagu dan menghasilkan musik video dengan gaya dan mutunya sendiri sehingga menarik ramai orang untuk menjadi salah seorang peminatnya termasuklah AKU. Super hardcore Katycat!! 



Untuk pengetahuan kawan-kawan, kesemua tiga album Katy Perry telah menjadi koleksi kesayangan peribadi aku dan secara jujur dan tulusnya menyukai semua lagu yang telah dihasilkan. Setiap hari dan setiap masa setiap detik dan setiap ketika sentiasa bersama lagu-lagu Mak Cik Katy Perry. Diantara album-album Katy Perry, album Teenage Dream: The Complete Confection merupakan album favourite dan yang paling aku suka . Suka! Dan amat berharap agar Katy Perry terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan sedap didengar dimasa hadapan untuk dijadikan halwa telinga dan malar segar dalam ingatan. Obses dan fanatik  dengan Katy Perry!!


Aku ingat lagi ketika zaman muda remaja, kali pertama melihat Katy Perry di televisyen dan mendengar lagu Katy Perry di corong-corong radio iaitu lagu I Kiss A Girl, hati terus terdetik dan berkata: "Mak Cik Katy Perry adalah milik aku!!". Dan ternyata sangkaan itu betul, kesemua lagu Katy Perry senang dicerna oleh minda aku dan petah mulut aku bernyanyi bersama sambil tersiul sumbang. Lagu Katy Perry yang memang benar-benar terkesan dan teraplikasi dalam hidup aku ialah lagu Thinking Of You. Kalau nak dicoretkan apakah cerita disebalik lagu ini akan menyebabkan entri ini panjang berjela-jela dan mengundang air mata untuk menitik. Jadi secara keseluruhan aku memang minat dan sayang pada Mak Cik Katy Perry ni bukan saja pada kecantikan dan karisma yang ada pada dirinya tetapi juga pada lagu-lagu yang ikhlas dan jujur yang telah dihasilkan.



Jadi sempena Nuffnang's 6th Birthday Bash yang bakal berlangsu pada 2 March 2013 di Lust,KL aku amat berharap, bermohon dan berhajat agar DJ party dapat memainkan lagu-lagu hebat dan rancak yang telah dihasilkan oleh si cantik jelita pojaan hati aku dan ramai lagi katycat di party tersebut tidak kira lelaki, perempuan, tua dan muda. Percayalah!!! Semestinya Nuffnang's 6th Birthday Bash 2013 akan menjadi fenomena dan fantastik dengan lagu-lagu Katy Perry dan KEHADIRAN INSAN KERDIL INI..!!!

P/S: SELAMAT HARI LAHIR NUFFNANG YANG KE-ENAM..!!!! semoga NUFFNANG lebih maju dan terus maju..!!  semoga diri ini menjadi insan bertuah dan terpilih oleh organiser untuk menghadiri Nuffnang's 6th Birthday Bash 2013.

Lagu-lagu Katy Perry yang menjadi pilihan untuk diputarkan semasa Nuffnang's Birthday Bash
Katy Perry

(I want the DJ to play my playlist during Nuffnang’s 6th Birthday Bash!)


MICHEAL BUBLE



WAJIB TONTON DAN DENGAR...!!!