Friday, September 13, 2013

PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA

Mesti ramai belia di luar sana yang tertanya-tanya tak pun bertanya-tanya
bagaimanakah Sharizan Hamid dapat pergi ke Korea? Program apakah yang Sharizan Hamid ikuti?Bagaimana mahu menyertai program itu? Siapakah Sharizan Hamid




Jawapan nya senang saja. Dengan sedikit usaha, tawakal dan doa insyaallah anda pun berpeluang untuk ke Korea malah berkemungkinan ke negara-negara lain di dunia ini secara PERCUMA!!

Program Pertukaran Belia Antarabangsa ataupun dalam Bahasa Inggeris International Youth Exchange Program merupakan program tahunan dibawah KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN. Program ini merupakan kerjasama diantara kerajaan dua negara yang terlibat. antara program yang ditawarkan:

1. Ship for South East Asia Youth Programme (paling pemest)
2. Malaysia-Korea Youth Exchange Programme (kedua pemest alhamdulillah dpt ni!!)
3.Malaysia-Fakuoka Youth Exchange Programme (dah xde)
4. Malaysia-Indonesia Youth Exchange Programme (adik dpt program ni je ;P)
5. Lain-lain


Kita telah diberi pilihan oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai mana-mana program. Pilihan semua terletak ditangan kita. Nak atau taknak. Kalau dahulu semasa menghantar borang permohonan saya telah memilih untuk pergi ke Korea (semestinya!!) dan Jepun di atas dasar untuk melihat dan merasai kehidupan di negara maju dengan semangat untuk mengambil, mengutip dan menyimpan semua kemajuan supaya boleh diaplikasikan di masa mendatang. Alhamdulillah diri terasa maju. ;)

Dulu semasa memohon program ini tak ada sesiapa pun ajar, pandai-pandai sendiri laa mahu hidup. Tapi melihat peratusan belia yang memohon berbanding dengan peratusan belia yang hidup di Malaysia amat berbeda. Meh sini nak ajar sikit. Lagi-lagi belia Melayu dan Bumiputera yang memohon amat mengecewakan. Mari kita sama-sama memajukan diri dan bersaing secara sihat bersama-sama. Ayoh!!



Cara-cara memohon:

1. Muat turun borang permohonan International Youth Exchange Program dari laman sesawang Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ataupun minta borang permohonan di mana-mana pejabat Belia dan Sukan. Borang permohonan berwarna biru

2. Sila isi borang dengan LENGKAP. Pastikan semua maklumat diri ada, tulisan yang jelas dan gambar yang menarik disertakan (paling penting!) saya mewakili PROSTAR MALAYSIA 

3. Post borang ke Kementerian Belia dan Sukan. Pegawai yang menguruskan borang-borang adalah Cik Nuraida bt. Hj. Idris. (baik dan cantik orangnya)

p\s: Permohonan selalunya awal FEBRUARY setiap tahun. Jadi pastikan anda selalu membuka laman web KBS untuk melihat update terbaru. sila updatekan diri sendiri jangan bermimpi untuk orang updatekan untuk diri kita.

Selepas selesai fasa pertama iaitu menghantar borang permohonan, tibalah fasa kedua iaitu menyertai kem pemilihan. Bagi yang yakin telah menghantar borang permohonan dengan lengkapnya anda jangan gusar dan khuatir insyaallah anda akan di panggil untuk menyertai Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Cuma pastikan anda telah mengatakan 'YA' kepada pihak penganjur untuk menyertai kem itu sama ada melalui email, surat menyurat ataupun talian. Berdasarkan pengalaman sebenar, peserta ataupun individu yang tidak mengatakan 'YA' namanya tidak tersenarai. Jadi terpaksalah pulang dengan kehampaan. (selalunya atas dasar perikemanusiaan dan semangat 1belia insan ini diterima dengan tangan terbuka jua)

Untuk tahun ini Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2013 telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia(APBM) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 18-21 April 2013. Jadi untuk tahun-tahun mendatang kemungkinan di bulan yang sama cuma hari dan tempat yang berbeza. Semua peserta dikehendaki mendaftar di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Pastikan anda sihat tubuh badan, minda, mental, jasmani, rohani, bersemangat tinggi, berkeyakinan tinggi, positif, sentiasa tersenyum, berakhlak mulia, berketerampilan, berkarisma, berperwatakan menarik, hebat, berkepimpinan, semangat berpasukan, semangat jadi ketua, tak poyo..wah!! yang penting jadi diri sendiri. ;)

Kem pemilihan bukan bermaksud anda telah terpilih untuk ke luar negara ataupun ke negara-negara yang anda idamkan. Ia merupakan kem PEMILIHAN. Jadi anda akan dinilai, diuji, dihisab dan diperiksa sama ada anda layak ataupun tidak untuk menyertai mana-mana program pertukaran belia antarabangsa. Ini bukan kem santai ke Lata Kijang!!

Antara ujian yang dijalankan:

1. Ucapan awam\public speaking
- silalah cakap apa sahaja dalam bahasa inggeris. Pastikan anda pilih topik yang menarik dan tertarik untuk penguji mendengarnya. Pastikan juga kelancaran, intonasi yang menarik dan penggunaan perkataan yang sesuai. Paling penting dapat menjawab semua soalan yang diajukan oleh penguji. yakin saja!!



2. Persembahan kebudayaan
-ini markah tambahan bagi sesiapa yang mempunyai kelebihan luar biasa seperti pandai menari tarian tradisional, pandai menyanyi lagu klasik, pandai memainkan alat musik dan lain-lain lagi yang membuatkan anda unik.


3. Karangan\essei
-untuk ujian ini kita diberi sejam untuk menyelesaikan satu karangan yang lengkap mengikut topik atau tajuk yang diberi. karangan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris utuk melihat kemampuan kita sebelum dibawa ke luar negara.

4. Leadership\semangat jadi ketua\semangat berkumpulan
-pastikan kita aktif semasa latihan dalam kumpulan, semasa presentation pastikan kita terlibat dalam pembentangan walaupun watak sampingan, kalau boleh terlibat dalam organisasi kem pemilihan. jangan jadi penghulu tak berfungsi jadilah ketua protokol yang baik.:)



Itu sahaja ujian yang ada dan dinilai. Mudah sahaja bukan. Sepanjang kem selama 4hari 3malam pastikan kita telah memberikan yang terbaik untuk penghasilan yang terbaik. Tapi ini semua atas rezeki dan kehendak ilahi. Apabila kita telah buat yang terbaik, kita berserah, tawakal dan pasrah pada ketentuan Allah. Tidak semestinya apa yang kita pilih dan hendak akan kita miliki. Contohnya jika kita mahu ke Jepun tapi terpilih untuk ke Indonesia. Kita seharusnya bersyukur dan bersyukur atas tawaran itu kerana sesungguhnya ramai lagi yang mengharap, menunggu dan menanti untuk terpilih ke mana-mana program pertukaran belia antarabangsa. Tapi bagi sesiapa yang beruntung terpilih untuk ke dua program pertukaran belia antarabangsa contohnya ke India dan Korea, buatlah pilihan yang tepat dan cepat kerana setiap program mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Yey!!

Tips untuk terpilih:
1. Jadi diri sendiri
2. Sentiasa positif
3. Bersahabatlah dengan semua peserta kem
4. Sentiasa menghormati dan baik dengan penguji
5. Tonjolkan diri sedikit jangan sampai jadi poyo
6. Mendapat restu ibubapa, pensyarah dan individu-individu rapat dan hebat.

INSYAALLAH anda pasti terpilih..!!!
Saya menyeru belia-belia di luar sana mari, ayoh, jom memohon Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2014!! Kerajaan Malaysia secara umumnya dan Kementerian Belia dan Sukan secara khasnya telah menyediakan platfom yang sangat istimewa kepada belia-belia Malaysia. Jangan berfikir lagi, jangan buang masa lagi, jangan terhenti lagi, jangan kaku lagi. Sesungguhnya pelbagai manfaat dapat diperoleh dari program ini. TERIMA KASIH MALAYSIA..!!























6 comments:

masyiu said...

kena high confident..

SharizanHamid said...

yup2!! yakin pada diri sendiri..insyaallah dapat punye!!

Nisa Wu said...

Mase pegi ni umur bape?

Soraya Anuwar said...

Public speaking tu in front of participants or just the interviewers?

Rosss Sss said...

ujian psikologi dia macam mana ek?

Anonymous said...

Seronok baca blog admin pasal program pertukaran pelajar ni. Hampir setiap tahun Kerajaan Malaysia buat program & semakin lama semakin mencabar & persaingan yang perlu dihadapi untuk terpilih. Apa2 pun terima kasih banyak2 la sebab sudi share info yang menarik ni!!