Tuesday, January 26, 2016

HELICOPTERS eh silap...HELIPAD..!!

Siapa pernah sampai ke sini? Mesti tak ramai lagi kan? Helipad? Apa itu Helipad? Helicopters tahu laa..

Pada hari Isnin yang lepas (25 Januari 2015) saya dan adik saya telah pergi ke Helipad. Tempat lepak yang paling hipster pernah kami pergi. Memang betul-betul hipster lah. 

Helipad ini terletak di Menara KH, tingkat 25. Ianya terletak bersebelahan Hotel Istana, Bukit Bintang. Nak cari Menara KH ni senang je. Guna waze pasti sampai! 😝

Bayaran RM10 dikenakan untuk parking kereta di tempat letak kereta bawah tanah Menara KH ini. Disebabkan kami kurang berkemampuan dan atas saranan pakcik jaga Menara KH ni kami pun mencari tempat letak kereta berdekatan yang percuma. Sepuluh ringgit kot! 

Akhirnya kami letak kereta kami di kawasan letak kereta berdekatan stesyen monorel Raja Chulan. Percuma! 

Untuk ke rooftop Helipad kita perlu ke Restaurant & Bar Helipad yang berada di tingkat 25 Menara KH dan setiap individu yang nak ke rooftop Helipad perlu membeli segelas air yang berharga RM25. Setiap individu tau! 

"Bapak mahai..!!". Jerot saya dalam batin

Sebelum ni saya baca dalam blog, untuk ke Helipad ni tiada bayaran yang dikenakan. Kalau nak beli air pun boleh ikut kata hati. Tapi rupa-rupanya wajib bagi setiap orang yang nak ke rooftop helipad. Aiseh. Dah laa mahal pulak tu. Segelas air jus buah RM25 bersamaan 5 gelas besar air buah kat restoran seafood  thai. Selepas mesyuarat tergempar dan mengejut dengan adik saya. Kami pun sebulat suara untuk tidak membazir duit hanya kerana nak tengok pemandangan Kuala Lumpur. Sebab kalau hanya nak tengok pemandangan Kolumpo di Bukit Ampang pun boleh. Percuma lagi. 

"Jom je lah..!!". Bisik saya pada adik saya.

Selepas beberapa langkah ke arah lif saya berubah fikiran. Terus ke kaunter pesanan dan bayar RM50 untuk dua gelas air Fruit Punch. Kami pun mendaki tangga ke arah rooftop Helipad. Banyak nya tangga. Peluh jugak laa. 

Aktiviti: melawat Helipad