Bursa merupakan bandar ke-4 di Turkey yang berjaya saya jejaki untuk kembara kali ini selepas GALLIPOLI. Dari Canakkale stesyen bas, saya mengambil bas pada pukul 7.30 petang dan selamat sampai di stesyen bas Bursa pada pukul 11.30 malam. Perjalanan lebih kurang 4 jam dan tiket bas hanya berharga 35TL dan pengalaman menaiki bas di Turkey sangatlah menyeronokkan. Perkhidmatannya sangat memuaskan hati dengan kerusi yang empuk dan besar, ada skrin tv di setiap kerusi, diberi minuman dan makanan ringan secara percuma dan boleh tambah banyak kali! Alhamdulillah apabila sampai, saya disambut mesra oleh sahabat-sahabat baru saya warga Busra. Seronok! Di sini saya senaraikan tempat yang sempat saya jejak sepanjang kembara saya di Bursa selama 2 hari..!!
1. Ulu Camii/ Grand Mosque
Masjid besar ini merupakan destinasi pertama yang saya singgah. Sangat cantik dan besar dengan pelbagai ukiran dan khat yang menghiasi di setiap ruang masjid ditambah pula dengan lampu candeliar turkey yang cerah menyala. Ianya dibina pada zaman empayar Ottoman dan masih kukuh dan utuh sehinggalah sekarang. Antara perkara yang menarik mengenai masjid ini ialah tempat mengambil wudunya yang dibina seperti kolam air pancut daripada batu marmar putih dan air di sini juga bersih dan selamat untuk diminum. Subhanallah.
Di kawasan ataupun taman ini kita dapat melihat ramai warga turkey yang beriadah dan bersantai sambil menikmati keindahan taman dan menghayati cuaca yang baik pada hari ini. Banyak ragam dan gelagat warga turkey yang boleh saya lihat di sini. Ramai!
3. Perpustakaan Awam Bursa
Ini pula merupakan perpustakaan awam di Bursa mengikut kata-kata sahabat saya iaitu Enes Dogan. Saya tidak sempat memasukinya kerana jadual kembara kami yang agak padat dan perlu mengejar beberapa tempat wajib pergi di Bursa yang lain lagi. Sempat tangkap gambar bahagian luar bangunan ini yang bagi saya sangat klasik dan unik!
4. Turkish Islamic Art Muzeum
Muzium ini terletak bertentangan dengan perpustakaan awam Bursa. Selain mempunyai ruang pameran, terdapat juga barang-barang kraftangan antik bercirikan islam dan turkey yang di jual di sini. Saya tertarik dengan seutas tasbih yang diperbuat daripada batu marmar yang cantik berukir. Tetapi apabila melihat harganya, tangan saya terus meletaknya kembali. .
5. Yesil Camii
Alhamdulillah saya dan Enes Dogan sempat solat Asar berjemaah di masjid ini. Sangat indah dan mengagumkan. Pendek kata saya sangat suka bangunan klasik dan sangat suka dengan semua masjid di turkey yang klasik-klasik semuanya. Dinding yang dipenuhi dengan mozek yang berwarna-warni, kubah masjid dipenuhi dengan ukiran khat, lampu candeliar yang besar dan menerangi setiap ruang, tempat mengambil wudu yang sangat unik dan berseni, karpet turkey yang bercorak flora memenuhi setiap ruang dan masjid yang berdiri dengan sangat megah membuatkan setiap mata yang memandang akan terkesima. Tak tipu..
6. Green Tomb
Disini pula merupakan salah satu tempat wajib kunjung di Bursa. Makam ini di bina pada zaman empayar Ottoman lagi dan binaan bangunan ini menunjukkan dan membuktikan kegemilangan semasa empayar Ottoman. Di dalam makam ini, hampir keseluruhan dindingnya dihiasi dengan mozek yang sangat cantik dan dihiasi dengan lukisan yang sangat berseni.
7. Flea Market/ Koza Hanii
Haa..inilah sahabat saya Enes Dogan yang sangat baik dan sudi membawa saya berjalan-jalan dan melawat tempat-tempat menarik di bandar Bursa. Hampir seharian kami berjalan kaki dan menaiki tram untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain di bandar Bursa ini. Disebabkan penat berjalan, kami berehat sebentar di salah satu restoran di kawasan Koza Hanii sambil minum teh turkey panas dan makan kekacang turkey. Enes Dogan sangat fasih berbahasa inggeris dan sepanjang kembara saya di Bursa beliaulah yang banyak membantu saya untuk menjadi juru alih bahasa. Saya teringat lagi kata-kata Anes:
Anes: Mohamad give me your beg.
Saya: No its okey, i can carry.
Anes: (sambil mencapai beg sandang saya) Mohamad you are my brother and it is my responsibility to entertain, bring you anywhere you want and help you. I want you to be happy here.
Saya: Subhanallah baiknya Anes. Insha allah jika Anes datang ke Malaysia satu hari nanti saya akan melakukan perkara yang sama (berbisik-bisik dalam hati)
8. Emir Sultan Park
Di kawasan ini terdapat banyak kerusi-kerusi yang disediakan untuk kemudahan orang awam. Saya boleh lihat ramai orang turkey tidak kira tua ataupun muda beriadah di sini dan saya mengambil kesempatan ini untuk duduk di salah sebuah kerusi sambil memerhati gelagat dan aktiviti warga turkey. Seronok!
9. Tempat Minum Awam
Sesiapa yang sampai di turkey wajib untuk mencuba minum di tempat minum awam ini. Airnya sangat sejuk dan menyegarkan. Pada mulanya saya keberatan untuk minum di sini kerana bimbang perut meragam ataupun menggangu sistem pencernaan tetapi selepas melihat Enes Dogan minum dan beberapa orang turkey yang lain juga minum dengan penuh keyakinan, saya pun memberanikan diri untuk mencuba. Menurut Anes tempat minum awam ini telah lama di perkenalkan di Turkey semenjak zaman empayar Ottoman lagi. Pada masa itu kebersihan sangat diutamakan dan tempat minum awam ini di bina di merata-rata tempat untuk memudahkan orang awam minum dan membersihkan diri untuk beribadat. Cantik pulak tu!
10. Emir Sultan Camii
Emirsultan Camii merupakan antara masjid tertua di Bursa yang dibina pada zaman empayar Ottoman lagi. Masjid ini sangat cantik dan mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Perkara yang paling mengagumkan saya ialah tempat mengambil wudu masjid ini kerana ia dibina menggunakan sepenuhnya batu marmar putih dan berbentuk seperti kolam air pancut. Di sini juga terdapat makam dan kubur-kubur lama tokoh-tokoh pejuang Turkey.
11. Kemal Atartuk Statue
Statue Kemal Attartuk ini terletak di salah satu jalan utama di Bursa. Saya dan Anes hanya melalui kawasan ini untuk pulang ke hostel kami dan saya sempat mengambil gambar statue ini dalam kederasan langkah kami.
12. Bursa Area
Inilah pemandangan kawasan perumahan pinggir bandar Bursa. Pada waktu malam kawasan bukit ini akan bergemerlapan dengan cahaya pelbagai warna. Sangat cantik dan pemandangan ini hanya boleh dilihat di sini sahaja. Serious.
13. Kara Mustafa Thermal Hamam
Ini pula merupakan pengalaman kedua saya mengunjungi Hamam. Pertama di Istanbul dan kedua di Bursa dan kedua-dua pengalaman ber-hamam ini memberi pengalaman yang tersendiri dan sangat berbeza. Bagi saya, saya lebih menyukai Kara Mustafa Thermal Hamam di Bursa ini dan amat-amat menyarankan rakan-rakan di luar sana untuk mengunjunginya. Pada kali ini saya pergi ke hamam bersama sahabat baik saya iaitu Said abi awal-awal pagi lagi. Hamam ataupun ruang mandi awam ini sudah lama wujud semenjak zaman empayar Ottoman lagi dan menjadi kemestian untuk mengunjungi hamam untuk membersihkan diri sebelum menunaikan ibadat. Alhamdulillah selepas 3 hari tidak mandi akibat cuaca yang sangat sejuk, jadual kembara yang sangat padat ditambah lagi dengan perjalanan yang berterusan, dapat mandi dan berendam dalam kolam air panas merupakan satu nikmat. Ditambah pula dengan sauna. Segar..
14. Kofteci Yusof
Menurut Said abi Kofteci Yusof adalah McDonald versi turkey dan bagi saya Kofteci Yusof sangat-sangatlah sedap dan menjilat jari daripada McDonald siap tambah berkofte-kofte. Wajib cuba dan rasa bagi sesiapa yang sampai di Bursa amatlah enak dan berkhasiat juga sebab kofte (bebola daging) ini dipanggang bukannya digoreng, yang paling saya suka ialah manisan di sini. Sedap!
15. Bursa Zoo
Bursa zoo tidaklah besar dan tidak juga kecil tetapi banyak juga haiwan yang ada di sini seperti zirafah, beruang, kangaroo, burung unta dan macam-macam lagi. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka di sini ada juga rombongan dari sekolah barangkali. Apa yang menarik bayaran masuk hanya 3TL untuk pelajar yang membawa kad pelajar.
16. Mevlana Performance
Ini juga merupakan pengalaman kedua saya menonton dan menyaksikan persembahan tarian Mevlana ataupun tarian sufi ataupun Sema dan juga dapat mendengar secara langsung alunan musik daripada seruling turkey yang di panggil Nay. Sangat mengasyikkan. Menyaksikan persembahan ini merupakan perkara wajib buat di Turkey dan sudah lama saya ingin melihat persembahan ini yang pada saya amat unik dan wajib tonton sekali seumur hidup. Alhamdulillah saya berpeluang untuk melihat persembahan ini dua kali, satu di istanbul dengan bayaran masuk sebanyak 30TL (harga pelajar) dan di Bursa secara percuma.!! Saya mengetahui tarian Sema ini semasa saya kecil lagi ketika sekolah rendah barangkali ketika menonton rancangan jejak rasul dan semenjak itu saya berazam untuk menontonnya. Tarian Mevlana ini dipersembahkan di Pusat Kesenian Bursa pada hari-hari tertentu dan semestinya ianya percuma untuk semua orang!
17. Tempat Minum Awam
Menurut Enes Dogan sahabat baik saya bentuk bangunan ini mempunyai kembarnya yang terletak di negara lain. Kalau tidak silap saya di Bosnia. Di bangunan ini juga terdapat tempat minum awam yang membolehkan sesiapa sahaja datang untuk minum melepaskan lelah di dada dan menadah air untuk membawa pulang ke rumah.
18. Bursa Village
Desa ini terletak di kaki bukit dan dari sini kita boleh nampak gunung Uludag yang bersalji di puncaknya dan juga pemandang-pemandangan desa turkey yang subhanallah sangat cantik. Di desa yang aman dan damai ini juga kami mengadakan majlis makan-makan. Ramai sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan baru saya warga turkey yang berkumpul dan hadir di sini. Kami bergotong-royong menyediakan hidangan makan malam berjemaah kami iaitu Kofte Homemade Special dan pelbagai juadah lagi. Alhamdulillah allah memberi saya peluang dan ruang untuk berkenalan, bersahabat dan bersama dengan insan-insan yang baik lagi bekerti mulia, yang rajin melayan kerenah saya semasa di Bursa dan tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bersama saya. Setiap detik dan ketika akan saya ingat dan kenang, jauh sekali untuk melupainya. Terima kasih banyak-banyak terutamanya Said abi, Enes Dogan, Altan abi, Mustafa Bayar dan ramai lagi rakan-rakan saya di Bursa dari jemaah Risale-i Nur. Teşekkür ederim..!!
Sedih. Sebak. Sayu.
Tetapi perjalanan perlu diteruskan. Masa tidak menanti kita.
Selamat tinggal Bursa, menuju ke Atartuk Istanbul Airport di subuh bening menaiki bas dari Stesyen bas Bursa yang mengambil masa lebih kurang 4jam.
3 comments:
Assalamualaikum... terima kasih share maklumat bursa yg sgt membantu. Boleh minta tolong sharizan share contact person disana yg boleh akak contact utk jadi tour guide di sana?
Suka saya baca maklumat di sini. Bolehkah saya dapatkan harga2 atau anggaran terutamanya masuk ke Hamam. Ini email saya nhafirdaus@yahoo.com
Boleh saya tahu nama tempat yg diadakan sema majlis atau mevlana dervish tu
Post a Comment