Saturday, July 5, 2014

25 Perkara Perlu BUAT Di Istanbul, Turkey..!!!


Setiap orang ada matlamat dan target yang perlu, mahu dan hendak di capai ketika sesuatu perjalanan untuk membuatkan sebuah pengembaraan itu lebih berharga, bernilai dan yang paling penting memberikan nilai yang tersendiri dalam diri kita. Di sini saya senaraikan perkara-perkara yang saya telah lakukan sepanjang kembara saya di Istanbbul, Turkey yang bagi saya anda di luar sana juga perlu untuk melakukannya dan merasainya!


1. Menikmati kehangatan Kopi Turkey dalam kedinginan sambil melihat keindahan Masjid Biru.


2. Pengalaman minum dari paip air tempat minum awam.


3. Selfie di dalam Masjid Biru bersama warga Istanbul.


4. Menyaksikan Tarian Mevlana yang unik diiringi alunan seruling Nay


5. Menikmati jagung bakar di hadapan Hagia Sofia


6. Memberi kucing-kucing turkey yang gebu lagi gemuk makan.


7. Merasai kesedapan Teh Delima panas di Spice bazaar secara percuma..!!


8. Makan jagung rebus di hadapan topkapi Palace.



9. Beramah mesra dengan imam besar di Istanbul yang pandai mengucapkan 'Terima Kasih"



10. Mencuba Hotdog Turkey sambil bermain-main dengan kucing turkey yang jinak lagi manja.


11. Mencuba semua jenis makanan di Istanbul dan makan seperti orang turkey dan bersama orang turkey.


12. Menghirup Teh Turkey panas seperti orang Turkey.


13. Bersarapan seperti orang Turkey, makan roti, keju, zaitun, minyak zaitun, teh panas, manisan


14. Bergambar bersama orang Turkey sebanyak mungkin!


15. Mencuba Simit iaitu roti yang banyak dijual di tepi-tepi jalan.


16. Menghirup Apple Tea panas di Grand Bazaar 


17. Mencuba Cigkofte yang mendebarkan bersama susu masam turkey. Bombastik!


18. Melihat cenderati yang unik dan pelbagai di Grand Bazaar dan membelinya jika mampu.


19. Belajar tentang pelbagai jenis karpet turkey dan berbaik dengan pemilik karpet untuk dapat diskaun.


20. Tangkap gambar berlatang belakang lampu-lampu turkey yang sangat cantik, berwarna-warni dan unik!!


21. Bagi yang malas berjalan bolehlah mencuba menggunakan perkhidmatan bas hop on hop off di Istanbul.


22. Memenuhkan perut dengan pelbagai jenis kebab yang lazat lagi murah di sini..!!


23. Mencuba pelbagai jenis manisan, buah kering, herba dan teh di Spice Bazaar..!!


24. Wajib minum air delima dan air oren Turkey yang segar lagi menyegarkan yang diperah dari buah delima dan buat limau Turkey dihadapan mata kita sendiri, siap buat tarik-tarik lagi. Best!


25. Bersahabatlah dengan warga Turkey yang sangat ramah, mesra, baik hati, dan sangat membantu sepanjang kembara saya di sana. Alhamdulillah.



Bufet Ramahan di De Palma Hotel, Shah Alam


Pada hari Jumaat 4 Julai 2014 bersamaan 6 Ramadan 1435H yang lepas saya telah di jemput oleh pihak De Palma Hotel untuk berbuka puasa di sana. Alhamdulillah ini merupakan aktiviti blogger pertama saya di bulan ramadan yang mulia ini. Tugasnya senang dan mudah sahaja, hanya hadirkan diri di De Palma Hotel, tangkap-tangkap gambar makanan, makan segala jenis makanan di sana dan akhir sekali tulis blog post berkenaan pengalaman saya berbuka puasa di sana. Senang kan! Terima kasih tidak terhingga kepada rakan blogger saya saudara Muiz Genji yang telah mengajak saya untuk ke majlis ini. Terima kasih!

Doa berbuka puasa di setiap meja bulat untuk sesiapa yang masih belum menghafal

Lebih kurang pukul 5 petang saya dan kawan saya Nashruddin yang merupakan orang baru yang mula berjinak-jinak dalam dunia blogging ini telah bertolak dari Wangsamaju untuk ke De Palma Hotel yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam dan berhampiran dengan Salam Medical Center. Lebih kurang pukul 6.50 petang kami selamat tiba ke destinasi. Untuk pengetahuan masyarakat setempat Kumpulan De Palma Hotel mempunyai beberapa rangkaian lain iaitu De Palma Hotel Ampang dan De Palma Hotel Kuala Selangor. Kumpulan Hotel De Palma merupakan milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diuruskan oleh Biztel Sdn. Bhd.

Muka ceria dan tersenyum lebar melihat makanan yang ada.

Bufet ramadhan di De Palma Hotel memberikan harga yang sangat berpatutan dan ekonomikal. Dengan kepelbagaian juadah dan hidangan, aneka lauk pauk, puluhan jenis kuih muih, buah-buahan yang pelbagai jenis dan warna dan deretan gerai seumpama di bazaar ramadhan memberikan keunnikan dan nilai tersendiri yang hanya boleh didapati di De Palma Hotel. Selain itu bufet ini juga mempunyai sijil halal yang pasti dan berlandaskan syariah islamiah membuatkan pengunjung tidak ragu-ragu untuk makan sehingga kenyang.

Lihatlah antara gambar-gambar yang berjaya saya ambil di dalam The Grand Ballroom, De Palma Hotel Shah Alam sebelum majlis berbuka puasa. Terkesima dengan kecantikan dekorasi dewan, gubahan bunga, seni ukiran pada buah-buahan, susun atur makanan di sini, ketelitian susunan tempat malah alunan musik dan pencahayaan dewan yang bersesuaian memberikan mood damai dan tenang di dalam kelasnya yang tersendiri di sini. Lihatlah:


pelbagai jenis kuih muih, kek, manisan dan agar-agar di bahagian pencuci mulut

Pelbagai jenis buah-buahan tempatan beraneka warna dan ulam ulaman kampung

Pelbagai jenis lauk pauk kampung ada disini

 Pelbagai lauk pauk di Bahagian 'Masakan dari Periuk & Belanga'

Gerai rojak

Gerai masakan india seperti capati, roti canai, tosei

Gerai murtabak

gerai bubur lambuk dan ubi kayu rebus

Gerai mee. Ada mee kari, mee rebus, mee sup

Gerai kambing panggang sedap!

Gerai masakan barat seperti spagetti, lasagna

Gerai masakan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang

Gerai rojak buah dan petis

Pondok Ketupat dan Rendang

Ketupat palas dan ketupat nasi yang masih panas baru dimasak beserta serunding daging

Kuah kacang dan rendang daging juga ada
Saya dan ketupat palas

Juadah tarikan utama, gulai kawah De Palma

Selain makanan yang sedap, lazat, bermutu, menarik, dan beraneka yang ada di sini, De Palma Hotel juga menyediakan pelbagai aktiviti semasa, sedang dan selepas majlis berbuka puasa yang berlandaskan syariah islamiah. Perkar ini juga berjaya menarik perhatian saya dan mengakui bahawa bufet De Palma Hotel mempunyai nilai tersendiri dan bagus untuk di cuba oleh masyarakat di luar sana. Saya tidak malu-malu dan segan untuk menyarankan, mengesyorkan malah mengajak anda semua untuk datang berbuka puasa di sini.

Antara aktiviti yang disediakan:

Bacaan zikir beramai-ramai yang diketuai oleh adik-adik dari sekolah tahfiz sebelum majlis berbuka puasa
Bacaan doa berbuka puasa beramai-ramai

tazkirah ramadhan yang di sampaikan oleh ustaz bertauliah selepas azan maghrib

Bacaan ayat suci al-quran oleh qari dari Yeman semasa para pengunjung menjamah makanan

Selain itu para pengunjung juga boleh menunaikan solat maghrib, solat isya' dan solat terawih berjemaah di surau De Palma yang sangat selesa dan luas dan perkara yang paling menarik di sini ialah para pengunjung boleh menjamu selera semula selepas selesai solat tarawih berjemaah di surau De Palma sehinggalah pukul 10.30 malam. Makan, makan dan terus makan. 


Bersama kawan-kawan blogger yang hadir di De Palma Hotel

Sesi tangkap gambar berkumpulan bersama blogger-blogger otai lagi berbisa


Bangunan The Grand Ballroom, De Palma Hotel yang indah sekali.

Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada penganjur Pn. Hanidah Shahril, Resident Manager De Palma Hotel Shah Alam yang sudi menjemput diri saya ini untuk makan percuma di sini malah siap kasi buah tangan lagi. Pengalaman indah lagi menarik ini pasti saya kenang sampai bila-bila. Marilah kita mengimarahkan lagi ramadan bersama bufet De Palma Hotel Shah Alam. Dengan hanya RM75 (dewasa) dan RM37.50 (kanak-kanak) iaianya sangat berbaloi dan berpatutan dengan kepelbagaian juadah dan hidangan yang disediakan selain pelbagai aktiviti agama yang diselitkan sekali sepanjang anda disana. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi kaunter tempahan ramadhan De Palma Hotel di talian 03-55428080 atau jualan kami di sambungan 519.

PENGUMUMAN GEMPAK: Sesiapa yang ingin mendapat diskaun sehinggakan 15% untuk merasai dan menikmati sendiri makanan dan suasana berbuka puasa di De Palma Hotel, anda hanya perlu untuk menyebut nama blog saya iaitu sharizanhamid.blogspot.com di kaunter tempahan sama ada melalui telefon ataupun 'walk-in'.Sekaligus anda layak untuk mendapat diskaun hebat pasti hebat ini.  Hebat kan?

#blogger@depalma #berbukapuasadepalma #depalmahotelshahalam