Terima kasih tidak terhingga kepada ChurpChurp kerana sudi menaja dan memberi peluang keemasan kepada insan kerdil ini. Yey!! Untuk pengetahuan semua saya telah memenangi tiket MIMMA 2013 ini dengan memasuki pertandingan yang dijalankan oleh ChurpChurp. Mudah dan senang sahaja pertandingannya dan diri ini berjaya mengaut dua tiket Bronze!! Antara kawan blogger yang memenangi tiket MIMMA 2013 ialah atikah ramlan dan pena berkala. Ini geng& yang hadir..!!
Diri yang tersangat gembira dan teruja ini telah sampai di Stadium Negara tepat jam 5.30 petang sebab dikhabarkan acara akan bermula jam 6.00 petang. Suasana di perkarangan stadium amatlah meriah, dengan kepelbagaian ragam manusia yang boleh dikatakan 90% berbadan sasa ala-ala Tok Bahaman ( terasa sangat kekerdilan diri ini), dentuman penguat suara yang memutarkan lagu-lagu rancak dan gerai-gerai pameran seperti TuneTalk, MuaiThai dan Carl's Jr. Perkara yang mengejutkan dan menakjubkan saya ialah MIMMA 2013 bermula selepas azan maghrib berkumandang. Giler tabik spring!!
Sepanjang program ini berlangsung semuanya bolehlah dikatakan sempurna. Baik dari segi pentas, pencahayaan, skrin, keselamatan, kaunter tiket, kenersihan, kelancaran majlis dan layanan dari pihak penganjur. Cuma suara pengacara majlis atau dalam bahasa inggeris MC tu agak kelakar sedikit. Suara MC tu sangatlah nyaring dan cara dia bercakap macam nyonya cina jual sayur bercayap.Tak tahu la MC memang sepatutnya bersuara sedemikian ataupun itu adalah taktik sebagai daya penarik program. Alhamdulillah tempat dudk kami sangatlah strategik sebab boleh nampak setiap aksi para pelawan MIMMA 2013 dengan sangat jelas ditambah pula dengan bantuan skrin LED lebar. Best woo..
No comments:
Post a Comment