Sunday, July 21, 2013

JALAN-JALAN SABAH 2

di mari-mari culture village ala-ala culture village kat sarawak. tapi kawasan dia sangat besar dan boleh lihat pelbagai rumah, masakan, budaya dan alat musik etnik2 di sabah.

ini rumah etnik Dusun. rumah diorang sangat ringkas dan cantik.

gadis dusun!! boleh cuba minum tuak dan tapai.

di sini kami dibenarkan untuk mencuba buat sendiri makanan tradisional etnik Dusun yang dibuat didalam buluh dan dibakar. sedap!

mari mencuba tuak..!! bila nak minum tuak kita kena minum bersama-sama dan kena minum sekali teguk sahaja sambil menjerit aramaite!!

inilah alat musik salah satu etnik di Sabah. unik sekali. nama dia sompoton.

ini pula merupakan salah satu aktiviti yang ada didalam rumah kebudayaan iaitu demostrasi menyalakan api daripada bahan semulajadi. selalunya menggunakan batu kali ini lain sikit. meggunakan kulit kayu dan buluh.

bertemu ramah dengan salah seorang etnik di sabah. 

gambar ini hendak menunjukkan bahawa indahnya kawasan Mari-mari Culture Village ini. dikelilingi alam semulajadi yang hijau dan damai. Juga ada air terjun disekeliling. Aman!

salah sebuah rumah etnik disabah yg dibuat 100% daripada bahan semulajadi. 

masa pergi ni tak ramai sangat orang sebab pergi awal pagi. jadi bolehlah tangkap gambar sesuka hati dimana-mana saja..hahah

mencuba pakaian tradisional etnik Sabah. yo!

yang ini pula merupakan salah satu keistimewaan Mari-Mari Culture Village. kita boleh makan dan minum pelbagai makanan dan minuman tradisional etnik2 di Sabah ini. yang ini ialah pandan Juice. iaitu pandan + halia. jadilah pandan juice..sedap woo

dihujung perjalanan kita kan bertemu dengan dewan besar. disini semua pelawat akan dikumpulkan dan dihidangkan dengan persembahan kemuncak iaitu gabungan persembahan tarian, nyanyian, alat musik dari semua etnik di Sabah. seronok!! selain itu kita juga dihidangkan dengan air yang sejuk dan boleh buat tatoo tak kekal disini secara percuma!

salah seorang penari yang menggayakan pakaian pahlawan etnik Sabah.

ini pula merupakan alat permainan etnik di sabah. alat permainan ini ada didalam rumah panjang dan boleh dimain serentak dalam 10 orang sekaligus. konsep permaian ini ala-ala trampoline. best guk laa..leh main lompat ramai2.

ini pula di bandar Kota Kinabalu selepas pulang dari mari-mari culture village. berkesempatan untuk mengunjungi pesta Kraf negeri Sabah. dapatlah tengok demostrasi membuat barangan keperluan seharian etnik sabah dan macam2 lagi. barang pun murah!

demostrasi memainkan gasing

saja-saja gedik mencuba seruling yang dibuat daripada buluh. tangan pun dah penuh gelang sabah. murah saja 2 gelang rm5 dan tatoo free semasa di Mari-mari Culture Village

yang ini pula merupakan gambar diambil ketika melepak-lepak ditepi pantai dalam kampus Universit Malaysia Sabah. cantik!

lepak lagi bersama budak comel!





















SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN






Wednesday, July 17, 2013

JALAN-JALAN SABAH 1

beberapa jam sebelum bertolak. beg tak kemas2.

inilah boarding pass saya. dinasihatkan untuk print out sendiri dirumah awal2!!

bersama pendaki yang baru saja turun dari Gunung Kinabalu. ohsem mamat nih!

bergambar di board peta poring hot spring kinabalu park. tempat wajib datang

skywalk@titi tergantung. tertinggi di malaysia kot. tapi bagi yang gayat pada ketinggian bolehlah mencabar perasaan itu disini.

cuba menstabilkan diri diatas titi tergantung. sangat tinggi dan berangin lembut.

kundasang!!! indah nian dan alhamdulillah semasa saya pergi cuaca sangat baik, redup dan sejuk.


di ladang lembu tenusu. sangat indah!!

lagi...rasa macam di New Zealand walaupun belum pernah menjejak diri di sana..haha

lihatlah pemandangan yang indah ini.

lembu-lembu yang rajin membekalkan susu mereka kepada rakyat kundasang dan pelancong yang singgah di sini.

di sana adalah Guning Kinabalu!

angin yang bersih lagi segar!

lompat adalah wajib!

lihatlah kehijauan dan indahnya alam ciptaan tuhan!

posing jap!

itu adalah Gunung Kinabalu!

gaya pelari pecut terpantas di dunia..suka dengan konsep kedai kopi ni..classic!

melawat rumah terbalik yang sangat popular. wajib lawat!

macam ini lah keadan rumahini dari luar. terbalik!

seafood heaven disini. dua malam berturut-turut makan besar di sini!!





















PEE MAK PREMIERE SCREENING


Terima kasih tidak terhingga kepada churpchurp kerana memilih diri ini untuk menonton cerita paling lawak tahap dewa untuk tahun ini..!! dari mula sampai ke sudah diri ini dan kawan2 gelak sampai pecah perut, ginjal, hempedu, urinary bladder menonton cerita ini. filem Pee Mak ini sangat di anjurkan untuk ditonton dan bagi yang punyai stress SILA tonton cerita ini. WAJIB!



jemputan dari churpchurp. sumpah best!

muka ceria dapat tengok movie premier screening + free!!

bersama hantu Pee Mak

inilah geng2 yang menonton bersama fareed, eny, irzad, hantu, saya, kak atika ramlan (mentor blogging), azah





sebelem menonton wayang melantak mee yang sedap nie..murah!! di food court oasis, midvelley



CAMPING LATA HAMMER





program: camping di lata Hammer
bersama: geng backpackersbuddiesmalaysia 



inilah antara geng2 yang super ohsem sepanjang camping!!

gwiyomi tak kite semua..

otai backpeckers buddies malaysia abang coco

kami semua!!

hantu rambut kak limah beraksi. air terjun ini sangat sejuk ye..menggigil!!



SEHARI BERSAMA ANAK PELARIAN SOMALIA

Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk menyertai program bersama anak-anak pelarian somalia. Program ini di jalankan oleh MyCorps iaitu sebuah badan sukarelawan yang membantu dan menyelesaikan isu-isu antarabangsa. Terima kasih kepada president MyCorp iaitu saudara Ashraff Rahman yang lebih mesra dipanggil Ash yang sudi menjemput diri ini untuk menyertai aktiviti yang sangat bermanfaat dan memberi seribu pengalan berguna pada diri ini.

Program ini bermula dengan para sukarelawan berkumpul di padang permainan flat di area taman Melati. Untuk pengetahuan semua di flat inilah para pelarian Somalia ini tinggal. Sukarelawan pula terdiri daripada belia-belia Malaysia yang bersemangat tinggi dan mempunyai semangat kesukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan. 


saya dan rakan bersama adik angkat kami yang sangat nakal!

Kemudian kami telah diberi setiap seorang adik angkat yang terdiri daripada anak-anak pelarian somalia yang comel ini. kami juga ditugasakan untuk menjaga keselamatan dan membina ikatan ukhuwah bersama mereka. 




bersama saudara azim salah seorang volunteer dan anak-anak pelarian somalia yang petah berbahasa melayu.

penggerak MyCorps merangkap senior dalam arena kesukarelawan. banyak ilmu yang perlu ditimba!

adik angkat kami yang hyperaktif lagi gedix..!!

sungguh lincah dan banyak kerenah. terpaksa melayan walaupun keterbatasan bahasa.

program ini telah mendapat liputan TV Al-Hijrah.





MIMMA Mixed Martial Arts Fighting Championship 2013

Alhamdulillah diri ini diberi kesempatan dan peluang oleh yang maha esa untuk pertama kalinya dalam hidup ini menapak ke Stadium Negara dan menonton MIMMA 2013 yang sangat memberangsangkan lagi menakutkan. Kenapa menakutkan? Haa...kena baca sampai habis entry ini.





Terima kasih tidak terhingga kepada ChurpChurp kerana sudi menaja dan memberi peluang keemasan  kepada insan kerdil ini. Yey!! Untuk pengetahuan semua saya telah memenangi tiket MIMMA 2013 ini dengan memasuki pertandingan yang dijalankan oleh ChurpChurp. Mudah dan senang sahaja pertandingannya dan diri ini berjaya mengaut dua tiket Bronze!! Antara kawan blogger yang memenangi tiket MIMMA 2013 ialah atikah ramlan dan pena berkala. Ini geng& yang hadir..!!







Diri yang tersangat gembira dan teruja ini telah sampai di Stadium Negara tepat jam 5.30 petang sebab dikhabarkan acara akan bermula jam 6.00 petang. Suasana di perkarangan stadium amatlah meriah, dengan kepelbagaian ragam manusia yang boleh dikatakan 90% berbadan sasa ala-ala Tok Bahaman ( terasa sangat kekerdilan diri ini), dentuman penguat suara yang memutarkan lagu-lagu rancak dan gerai-gerai pameran seperti TuneTalk, MuaiThai dan Carl's Jr. Perkara yang mengejutkan dan menakjubkan saya ialah MIMMA 2013 bermula selepas azan maghrib berkumandang. Giler tabik spring!!


Sepanjang program ini berlangsung semuanya bolehlah dikatakan sempurna. Baik dari segi pentas, pencahayaan, skrin, keselamatan, kaunter tiket, kenersihan, kelancaran majlis dan layanan dari pihak penganjur. Cuma suara pengacara majlis atau dalam bahasa inggeris MC tu agak kelakar sedikit. Suara MC tu sangatlah nyaring dan cara dia bercakap macam nyonya cina jual sayur bercayap.Tak tahu la MC memang sepatutnya bersuara sedemikian ataupun itu adalah taktik sebagai daya penarik program. Alhamdulillah tempat dudk kami sangatlah strategik sebab boleh nampak setiap aksi para pelawan MIMMA 2013 dengan sangat jelas ditambah pula dengan bantuan skrin LED lebar. Best woo..