Tuesday, March 5, 2013

CINTA SIBUK

Cuba bayangkan kita punya pasangan sama ada kekasih hati, suami ataupun isteri seorang perdana menteri, CEO syarikat-syarikat besar, pengurus projek-projek mega dan macam-macam lagi kerjaya yang perlukan komitmen yang tinggi dan penggunaan masa seharian yang maksima pada kerjaya. Dari segi meterialistik, masyarakat umum akan mengangap yang kehidupan mereka akan dipenuhi dengan limpahan kemewahan, punyai kad kredit yang mampu membeli apa saja, punyai pembantu yang boleh membantu dari segenap segi, punyai kereta-kereta mewah yang bisa menjatuhkan rahang masyarakat biasa melihatnya dan macam-macam lagi impian kehidupan mewah yang diimaginasikan setiap insan normal. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimanakah individu-individu sibuk ini menggunakan lebihan masa mereka untuk bersama insan tersayang? cukupkah masa yang tinggal untuk digunakan bersama insan tersayang? ataupun adakah insan tersayang mendapat perhatian, masa dan kasih sayang yang cukup dari mereka dek kerana kesibukan bekerja?


Sebagai insan biasa yang dilahirkan dari susur galur keluarga yang biasa pengalaman untuk berada dalam kehidupan yang sarat dengan kesibukan dan aktiviti yang padat memang tidak pernah berlaku. Masih ingat lagi ketika zaman persekolahan, bangun pagi bersama-sama, sarapan pagi bersama-sama, nak pergi ke sekolah cium tangan dan pipi abah dan emak kemudian berjalan kaki menuju kesekolah. Bila habis sekolah berjalan kaki pulang ke rumah, sampai di depan pintu rumah sudah dapat meneka mak masak apa hari ini. kemudian Along sampai rumah, Abang nyah sampai dan selalunya abah yang bekerja sebagai tentera sampai akhir sekali. selepas itu makan tengahari bersama-sama. Bila hujung minggu pula semua ahli keluarga ada di rumah. tengok televisyen bersama-sama, tolong emak masak masakan istimewa dihujung minggu dan kalau abah rajin, ke Telok Batik kami sekeluarga. Itu contoh kehidupan orang biasa seperti kami sekeluarga.


Tapi sekali lagi bayangkan bagaimanakah kehidupan pasangan tak pun sebuah keluarga yang sibuk. Ayah pengurus bank selalu diluar kawasan, emak artis popular yang selalu ada penggambaran disana-sini, kakak penulis blog yang sentiasa dihadapan laptop, abang ada kelas di universiti, adik-adik yang masih di sekolah siapa nak urus dan jaga? bibik jugak. 


Kesimpulannya, 
  1. Bercinta dengan orang sibuk melelahkan.
  2. Keluarga yang sibuk menyebabkan kurangnya agihan kasih sayang dan masa diluangkan bersama.
  3. Patutlah dalam cerekarama melayu banyak memaparkan orang kaya berkahwin dengan orang miskin supaya dapan mengimbangi antara satu sama lain.
  4. Jika kita mahu, sesibuk manapun dan setidak cukup masa manapun kita akan cuba untuk bersama org tersayang.
  5. Jangan sakiti hati orang yang kita sayang.





No comments: