Friday, February 15, 2013

NUFFNANG'S 6TH BIRTHDAY BASH..!!!



SIAPA TAK KENAL KATY PERRY..??!!
siapa yang tak kenal tu mestilah katak dibawah tempurung tak pun biawak dalam gua tak pun tikus dalam almari sebab si cantik dan sexy Katy Perry ini sangat lah terkenal dan berjaya memukau semua orang untuk terkesima dengan kehadirannya. Beliau memang sangat berbakat menulis lirik, membuat lagu dan menghasilkan musik video dengan gaya dan mutunya sendiri sehingga menarik ramai orang untuk menjadi salah seorang peminatnya termasuklah AKU. Super hardcore Katycat!! 



Untuk pengetahuan kawan-kawan, kesemua tiga album Katy Perry telah menjadi koleksi kesayangan peribadi aku dan secara jujur dan tulusnya menyukai semua lagu yang telah dihasilkan. Setiap hari dan setiap masa setiap detik dan setiap ketika sentiasa bersama lagu-lagu Mak Cik Katy Perry. Diantara album-album Katy Perry, album Teenage Dream: The Complete Confection merupakan album favourite dan yang paling aku suka . Suka! Dan amat berharap agar Katy Perry terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan sedap didengar dimasa hadapan untuk dijadikan halwa telinga dan malar segar dalam ingatan. Obses dan fanatik  dengan Katy Perry!!


Aku ingat lagi ketika zaman muda remaja, kali pertama melihat Katy Perry di televisyen dan mendengar lagu Katy Perry di corong-corong radio iaitu lagu I Kiss A Girl, hati terus terdetik dan berkata: "Mak Cik Katy Perry adalah milik aku!!". Dan ternyata sangkaan itu betul, kesemua lagu Katy Perry senang dicerna oleh minda aku dan petah mulut aku bernyanyi bersama sambil tersiul sumbang. Lagu Katy Perry yang memang benar-benar terkesan dan teraplikasi dalam hidup aku ialah lagu Thinking Of You. Kalau nak dicoretkan apakah cerita disebalik lagu ini akan menyebabkan entri ini panjang berjela-jela dan mengundang air mata untuk menitik. Jadi secara keseluruhan aku memang minat dan sayang pada Mak Cik Katy Perry ni bukan saja pada kecantikan dan karisma yang ada pada dirinya tetapi juga pada lagu-lagu yang ikhlas dan jujur yang telah dihasilkan.



Jadi sempena Nuffnang's 6th Birthday Bash yang bakal berlangsu pada 2 March 2013 di Lust,KL aku amat berharap, bermohon dan berhajat agar DJ party dapat memainkan lagu-lagu hebat dan rancak yang telah dihasilkan oleh si cantik jelita pojaan hati aku dan ramai lagi katycat di party tersebut tidak kira lelaki, perempuan, tua dan muda. Percayalah!!! Semestinya Nuffnang's 6th Birthday Bash 2013 akan menjadi fenomena dan fantastik dengan lagu-lagu Katy Perry dan KEHADIRAN INSAN KERDIL INI..!!!

P/S: SELAMAT HARI LAHIR NUFFNANG YANG KE-ENAM..!!!! semoga NUFFNANG lebih maju dan terus maju..!!  semoga diri ini menjadi insan bertuah dan terpilih oleh organiser untuk menghadiri Nuffnang's 6th Birthday Bash 2013.

Lagu-lagu Katy Perry yang menjadi pilihan untuk diputarkan semasa Nuffnang's Birthday Bash
Katy Perry

(I want the DJ to play my playlist during Nuffnang’s 6th Birthday Bash!)


No comments: