Tuesday, September 6, 2011

CASABLANCA






Haha..mesti ramai yang tidak tahu tentang kewujudan filem ini. Tak pun kalau yang tahu mesti tidak percaya filem ini telah ditonton oleh aku. Sebabnya filem ini merupakan antara filem klasik amerika yang telah ditayangkan pada tahun 1942. Sangat lama dan hebat kan? Malaysia pun masih belum merdeka lagi pada masa itu.
Punca utama untuk menonton filem ‘romantic drama’ gred A ini adalah kerana ia tersenarai sebagai ‘the best romantic film’ dan telah memenangi tiga Academy Awards yg ke-16. Hebat! Dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan pada masa itu seperti Humprey Bogard dan Ingrid Bragman, soundtrack yang menjadi siulan ramai dan dialog yang melekat dihati penonton telah berjaya menyenaraikan filem ini sebagai ‘list of the film of all time’.
Sebenarnya aku pun tidak tahu kenapa filem ini bertajuk Casablanca. Selepas diselidik, rupa-rupanya Casablanca merupakan tempat dimana cerita in berlaku. Casablanca merupakan salah satu Bandar yang terbesar dan terkaya di Morocco. Ia terkenal kerana merupakan pelabuhan terbesar di utara afrika dan hebat dalam pengindustrian. Morocco merupakan salah satu Negara islam dan Casablanca diperintah oleh Mohammed Sajjid tetapi yang peliknya, di dalam filem ini langsung tidak menggambarkan Casablanca sebagai sebuah Bandar islam dan dihuni oleh ramai orang islam. Hanya satu sahaja watak yang menggambarkan orang islam ialah watak penjaga pintu kelab malam Rick's Café Américain milik Rick Blain. Itupun sebab nama dia Abdul.



Pada mulanya aku ingat cerita ini merupakan cerita cinta yang berat seperti The Notebook dan A Walk To Remember. Tapi, rupa-rupanya lebih kepada sejarah, intregiti seseorang dan sedikit cerita cinta yang ringan. Seperti biasa, yang hebat adalah bangsa Amerika.
Jadi, kepada penagih cerita cinta di luar sana. Casablanca bukanlah pilihan yang tepat untuk ditonton. Aku pun masih keliru dan pelik kenapa filem ini diangkat dan diwar-warkan sebagai filem yang hebat dan wajib ditonton. Adakah kerana watak utamanya menceritakan tentang kehebatan seorang yahudi amerika ataupun pengarahnya telah berjaya menggarap cerita itu menjadi begitu simbolik sekali.

you would regret it if you stayed, "Maybe not today, maybe not tomorrow, but soon and for the rest of your life."

No comments: