Wednesday, September 7, 2011

IF ONLY

disebabkan banyak sangat masa terluang semalam. jadi, aku pun mengambil kesempatan itu tuk mengisinya dengan menonton filem ini. diakui cerita ini merupakan salah satu cerita cinta yang tersenarai dalam list terbaik aku. tidak percaya? cubalah tengok.
apa yang menarik tentang cerita ini ialah kerana ia lari sedikit daripada kebiasaan filem-filem cinta dan romantik komedi yang lain. cerita ini memaparkan apa yang akan kita lakukan terhadap pasangan kita JIKA kita diberi peluang untuk bersamanya sehari sahaja lagi. aku boleh katakan yang cerita ini ada sedikit persamaan dengan filem final destination kerana watak utama didalam kedua-dua buah filem telah terpilih untuk mendapat bayangan awal apakah yang akan berlaku dimasa hadapan.
berbalik kepada filem If only ini, dibarisi oleh pelakon yang kacak dan cantik iaitu Jennifer love Hewitt dan Paul Nicholls dan mereka sebenarnya amat berbakat dan telah membawa watak yang diberi dengan bagus sekali menyebabkan filem ini terasa hidup dan setiap perasaan yang cuba di lontarkan menjadi dan dapat dirasa sekali oleh penonton. kecuali yang hati kering.
apa yang menarik dan agak tragis nya tentang filem ini ialah watak utama didalam filem ini iaitu Ian Windham mati diakhir cerita. sangat sedih.

ini merupakan salah satu soundtrack cerita ini. lagu ini amat bermakna dan begitu mendalam maksudnya dan telah menjadi siulan ramai.

No comments: