|
inilah tugu negara |
|
berdiri ditengah jata negara |
|
dedikasi terpenting |
|
direka oleh pengukir Felix De Weldon |
|
dedikasi versi jawi |
|
konon2 pegang senapang |
|
aku yang tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pada hari ahad yang lalu, aku berkelapangan untuk melawat satu lagi tempat bersejarah di negara kita iaitu tugu negara. tugu ini terletak berhampiran dengan masjid negara dan stesyen keretapi kuala lumpur. jadi, memang senang untuk kesini. dulu masa zaman sekolah-sekolah selalu je ada rombongan pergi kl. tempat yang tersenarai untuk dilawati di kl semestinya tugu negara. tapi disebabkan sibuk dengan tugasan sebagai pengawas sekolah dan banyak lagi jawatan tinggi yang dipegang di sekolah. aku tidak berpeluang untuk turut serta. sedih. jadi, inilah lawatan aku yang pertama dan bolehlah dikatakan menyeronokkan.
untuk pengetahuan anda, tugu ini dibina oleh pentadbir british bagi memperingati pejuang-pejuang negara yang terkorban semasa perang dunia pertama, perang dunia kedua dan semasa negara darurat. tetapi adakah pejuang-pejuang yang dimaksudkan adalah pejuang tanah air seperti Dato' Bahaman, Tok Janggut, Dato' maharaja Lela dan ramai lagi atau tugu itu dibina khas untuk pejuang British yang berkhidmat di Tanah Melayu pada masa itu. wallahuallam.
tugu ini juga pernah dibom oleh penjahat, pemusnah dan pengganas komunis pada 26 Ogos 1975. jahat betul komunis ini. tidak kisahlah komunis itu adalah seorang Cina ataupun Melayu, yang penting komunis perlu dibenci dan perlu dihindari. ini kerana kehadiran mereka banyak yang mendatangkan kemusnahan dan kehancuran negara. aku tidak tahulah bagaimanakah ada sesetengah orang boleh terfikir yang komunis itu adalah 'pejuang' dan perlu diagung-agungkan. mesti waktu sekolah dahulu subjek sejarah selalu gagal. haha.
jadi, sebagai rakyat Malaysia yang jati, baik kita mempositifkan minda dan cara pemikiran kita. Tugu ini dibina sebagai lambang pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh perajurit-perajurit negara. bukan senang kawan-kawan untuk melawan musuh negara. sekarang pun masih ramai musuh negara yang hidup dengan senang lenang di negara kita. yang menunggu masa untuk mengambil alih pentadbiran negara dan seterusnya menjadikan negara ini milik mereka. mereka bertamadun dinegara kita, kita merempat dinegara sendiri. renung-renungkan!
No comments:
Post a Comment