Monday, September 26, 2011

SUNGAI



haha..macam tak sangka aku dapat jumpa balik lagu kegemaran aku masa sekolah rendah dulu-dulu. lama juga aku mencari lagu ni. bukan senang. search kat google, kat youtube, kat yahoo! pun xjumpe. sebabnya aku tak tahu tajuk sebenar lagu nie..akhirnye, hari ini dalam sejarah. aku pun cube taip sedikit lirik lagu ini kat yahoo search. jumpe jugak! best!
kalau nak tahu, lagu ini adalah diantara lagu-lagu dendangan aku masa disekolah rendah. kalau tak percaya sila rujuk kepada cikgu musik aku..hehe..kiranya lagu ini hebat laa..antara lagu-lagu zaman sekolah rendah yang terkenal dan menjadi siulan aku dan kawan-kawan aku ialah lagu tiga kupang, lagu terima kasih cikgu, lagu bangau oh bangau, lagu bapaku pulang, lagu ais kacang, lagu kalau rasa gembira dan banyak lagi sebenarnya. aku ingat lagi masa sekolah dulu, pelajaran muzik la yang paling aku suka selain subjek matematik. waktu muzik best sebab kita dapat belajar lagu baru, salin lirik dalam buku muzik dengan tulisan berangkai dan kena buat corak disekeliling lirik itu dengan corak yang paling kretif sekali. selain itu, pada buku muzik juga ada page yang kosong, jadi disebelah kiri kena tulis lirik dan disebelah kanan (m/s kosong) kene lukis apa-apa yang berkaitan lagu yang baru dipelajari. jadi contohnya kalau hari itu belajar lagu bapaku pulang, kenalah lukis kereta kecil yang berwarna merah...haha..
bila ingat balik zaman sekolah rendah, mesti teringat balik lagu-lagu kanak-kanak ini. semoga generasi dimasa hadapan tidak ketinggalan untuk mempelajari lagu-lagu ini. diharap juga kementerian pelajaran meneruskan sesi pembelajaran muzik dan mengekalkan lagu-lagu tradisional yang berunsur islamic, moral dan nasihat ini dikekalkan dalam kurikulum pembelajaran. tak dapat dibayangkan bagaimanalahlah satu hari nanti lagu-lagu ini diganti pula dengan lagu-lagu dari Justin Bieber, Salena Gomez dan Jonaz Brother..haha!

No comments: