Thursday, September 15, 2011

PONYO BUAT HAL..!!!

kata orang tuah ayam nampak di kaki dan tuah manusia nampak dibibir. Tapi, hari ini merupakan hari yang paling tidak bertuah bagi aku. Pasang alarm sampai lima jenis jam, jam loceng, jam kat iphone, jam kat blackberry, jam kat sony ericsson n jam kat swatch. bergagak gempita habis bilik aku tiap-tiap pagi. nak kata telinga aku sumbat mestilah tidak. nak kata tuli. hai ini sudah lebih. tak tahu lah kenapa liat sangat nak bangun pagi. mungkin aku masih inginkan naqib-naqib, ketua umum, tak pun ustaz-ustaz warden yang kejutkan aku. haha...
nak dijadikan cerita, hari ini kelas bermula pukul 8 pagi. selesai bersiap-siap ala-ala kadar tepat pukul 7.55 pagi aku pun turun ke tempat letak motor aku. tiba- tiba sesuatu yang tidak terjangkau dek akal suci aku ini terjadi. tayar belakang motor kesayangan aku pancit. PANCIT!. wahai ponyo, kenapalah dikau nak pancit diwaktu genting begini? bisikku pada ponyo. sudah lah aku ada lab test pagi ni. ponyo buat hal pulak.
akhirnya terpaksalah aku menapak-napak ke tempat menunggu teksi yang dekatnya beberapa kilometer dan lesaplah sudah rm5 duit terakhir yang berada didalam beg duit aku. akhir-akhir aku sampai kelas pukul 8.45 pagi. selepas penerangan yang agak konsisten dan penuh yakin. barulah cikgu aku percayakan cerita aku itu. sementelah aku berjaya membuat lab test aku dengan aman berjaya. weehaa!!
 


Ponyo gementar di bengkel.
akhirnya, aku terpaksa membayar rm15 kepada apek cina pemilik bengkel motor yang menggantikan tiub tayar belakang Ponyo. Demimu kukorbankan segalanya.

2 comments:

shahidakharudin said...

kau dah emmang kaki tido hahahahahahahahahahaha

SharizanHamid said...

woitt!!!!