Friday, February 15, 2013

NUFFNANG'S 6TH BIRTHDAY BASH..!!!



SIAPA TAK KENAL KATY PERRY..??!!
siapa yang tak kenal tu mestilah katak dibawah tempurung tak pun biawak dalam gua tak pun tikus dalam almari sebab si cantik dan sexy Katy Perry ini sangat lah terkenal dan berjaya memukau semua orang untuk terkesima dengan kehadirannya. Beliau memang sangat berbakat menulis lirik, membuat lagu dan menghasilkan musik video dengan gaya dan mutunya sendiri sehingga menarik ramai orang untuk menjadi salah seorang peminatnya termasuklah AKU. Super hardcore Katycat!! 



Untuk pengetahuan kawan-kawan, kesemua tiga album Katy Perry telah menjadi koleksi kesayangan peribadi aku dan secara jujur dan tulusnya menyukai semua lagu yang telah dihasilkan. Setiap hari dan setiap masa setiap detik dan setiap ketika sentiasa bersama lagu-lagu Mak Cik Katy Perry. Diantara album-album Katy Perry, album Teenage Dream: The Complete Confection merupakan album favourite dan yang paling aku suka . Suka! Dan amat berharap agar Katy Perry terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan sedap didengar dimasa hadapan untuk dijadikan halwa telinga dan malar segar dalam ingatan. Obses dan fanatik  dengan Katy Perry!!


Aku ingat lagi ketika zaman muda remaja, kali pertama melihat Katy Perry di televisyen dan mendengar lagu Katy Perry di corong-corong radio iaitu lagu I Kiss A Girl, hati terus terdetik dan berkata: "Mak Cik Katy Perry adalah milik aku!!". Dan ternyata sangkaan itu betul, kesemua lagu Katy Perry senang dicerna oleh minda aku dan petah mulut aku bernyanyi bersama sambil tersiul sumbang. Lagu Katy Perry yang memang benar-benar terkesan dan teraplikasi dalam hidup aku ialah lagu Thinking Of You. Kalau nak dicoretkan apakah cerita disebalik lagu ini akan menyebabkan entri ini panjang berjela-jela dan mengundang air mata untuk menitik. Jadi secara keseluruhan aku memang minat dan sayang pada Mak Cik Katy Perry ni bukan saja pada kecantikan dan karisma yang ada pada dirinya tetapi juga pada lagu-lagu yang ikhlas dan jujur yang telah dihasilkan.



Jadi sempena Nuffnang's 6th Birthday Bash yang bakal berlangsu pada 2 March 2013 di Lust,KL aku amat berharap, bermohon dan berhajat agar DJ party dapat memainkan lagu-lagu hebat dan rancak yang telah dihasilkan oleh si cantik jelita pojaan hati aku dan ramai lagi katycat di party tersebut tidak kira lelaki, perempuan, tua dan muda. Percayalah!!! Semestinya Nuffnang's 6th Birthday Bash 2013 akan menjadi fenomena dan fantastik dengan lagu-lagu Katy Perry dan KEHADIRAN INSAN KERDIL INI..!!!

P/S: SELAMAT HARI LAHIR NUFFNANG YANG KE-ENAM..!!!! semoga NUFFNANG lebih maju dan terus maju..!!  semoga diri ini menjadi insan bertuah dan terpilih oleh organiser untuk menghadiri Nuffnang's 6th Birthday Bash 2013.

Lagu-lagu Katy Perry yang menjadi pilihan untuk diputarkan semasa Nuffnang's Birthday Bash
Katy Perry

(I want the DJ to play my playlist during Nuffnang’s 6th Birthday Bash!)


MICHEAL BUBLE



WAJIB TONTON DAN DENGAR...!!!

Wednesday, February 13, 2013

CALORIE DETECTOR




kawan-kawan mari tonton video ini. Amat menarik!

Thursday, February 7, 2013

A GOOD DAY TO DIE HARD



Alhamdulillah sekali lagi diri ini berpeluang untuk menonton premiere screening movie yang bertajuk A Good Day to die Hard. Sekalung terima kasih tidak terhingga kepada Nuffnang dan ChurpChurp kerana telah memilih saya untuk menjadi pemenang buat kali ini. Menang besar! Disebabkan menang besar, diri ini berpeluang untuk mengajak dan sekali gus membelanja kawan-kawan untuk menonton wayang ini. Kawan-kawan yang bertuah untuk kali ini: Irzad, Arwin dan Ali. 
Tanpa kemenangan ini, diri yang kerdil ini tidak mampu untuk membelanja mereka malah untuk diri sendiri pun.


Yang lebih terkesimakan lagi, filem ini ditayangkan di IMAX Hall, TGV 1 Utama!! Sebelum ini wayang percuma hasil kemenangan hanya ditayangkan di hall biasa. yang menarik tentang IMAX Hall ni screen dia sangatlah besar, tingginya seperti bangunan 3 tingkat dan lebarnya selebar 20 depa orang besar. Luas kan? pastu, screen juga sangat terperinci dengan sistem bunyi yang mengagumkan dan yang paling penting sekali efek gegaran yang boleh menggegarkan kerusi anda. Bayangkan jikalau didalam filem ada adegan tanah runtuh, anda pun akan terasa gegaran runtuhan tanah itu secara realiti. amat mengagumkan bukan?.


Cerita A Good Day to Die Hard ini boleh diklasifikasikan sebagai cerita berorientasikan keluarga tetapi penuh dengan adegan lasak serta ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kaum keluarga bawah umur. Cerita ini mengisahkan tentang si bapa bernama John (Bruce Willis) seorang polis yang sedang bercuti. Untuk mengisi masa lapangnya ketika bercuti dia berhasrat untuk memperbaiki hubungannya dengan anak lelakinya yang bernama Jack (Jai Courtney). Jadi dia pun mencari anaknya di Rusia. Si anak merupakan egen CIA yang menyamar sebagai orang biasa dimata ayahnya dan keluarganya. Si anak mempunyai misi sulit di Russia iaitu untuk menyelamatkan mangsa korban politik yang teraniaya. Di satu babak si bapak dan si anak terjumpa di hadapan mahkamah yang baru sahaja dibom oleh orang jahat. Bagaimanakah si bapak boleh terjumpa si anak? apakah reaksi si anak? siapakah petualang disebalik semua kejahatan? apakah kesudahan hubungan si anak dan si bapak? siapakah yang mati di akhir penceritaan?
Semua persoalan ini akan terjawab selepas anda menonton cerita yang amat menarik serta sarat dengan aksi yang mendebarkan diperkayakan dengan grafik yang istimewa dan kesan bunyi yang boleh menguatkan degupan jantung anda. Saya memberi 8/10 bintang untuk cerita ini. Jom tengok!

MINI COOPER



Untuk post kali ini aku nak cerita sedikit tentang kereta impian aku ni iaitu MINI COOPER..!!
Entah bilakah aku boleh memiliki, membawa, mengisi minyak dan berjalan-jalan dengan kereta pujaan hatiku ini. Tapi yang pasti satu hari nanti pasti impian ini akan tercapai. Amin. Tidak salah untuk bermimpi. bermimpilah! Kereta ini menjadi pilihan hati kerana kereta ini mempunyai karisma yang tersendiri yang boleh mencairkan dan memikat hati setiap hati yang lara. haha.


Buat masa ini aku hanya mampu untuk melihat kereta-kereta ini dipandu oleh orang lain dijalanan sahaja. Bila tengok orang-orang memandu mini cooper dengan muka seronok terdetik dihati rasa iri hati yang meluap-luap. Tapi apakan daya, perasaan itu harus dielak dan dibuang jauh-jauh untuk mengelakkan tenaga negetif berlambak-lambak menghiasi diri ini. Terapi yang paling bagus ialah dengan pergi bershopping!


Aku ingat lagi masa pertama kali berpeluang menyentuh pembuka pintu kereta, membuka pintu kereta, melabuhkan punggung di kerusi mini cooper yang empuk, menarik dengan lancar tali pinggang keselamatan sambil bersandar mencari posisi keselesaan yang maksima., pantas kereta mini cooper bergerak dengan gegas dan lancar. Masa itu aku berpeluang menaiki kereta mini cooper kawan aku. Hati hanya mampu untuk bersabar dan mengucapkan kata pujian kepada ilahi untuk menyedapkan hati.


Semoga impian dewasa ini akan termakbul diusia yang dewasa juga. amin.

Tuesday, February 5, 2013

KATY PERRY FAN FOREVA





saya peminat KATY PERRY harap maklum.

ALLICIN

semua org suka menghidu bau tumisan bawang kan??
harum dan wangi sekali.
selalunya didalam masakan orang melayu, bawang besar, bawang merah dan bawang putih perlu ditumis dahulu sebelum diteruskan dengan langkah seterusnya dalam penyediaan masakan.
aku ingat lagi ketika kecil-kecilan.
bila balik dari sekolah waktu tengahari pasti bau tumisan akan menerjah lubang hidungku.
perut pasti akan berkeroncong dengan hebatnya apabila menghidu bau tumisan ini.
terbayang masakan apakah yang mak masakkan dan sediakan untuk anak kesayangannya.
kari kambing, pageri nanas, kailan ikan masin, sup ayam......




tapi yang ingin aku tekankan untuk post kali ini ialah tentang bawang putih.
semua orang dari kanak-kanak sehinggalah orang tua tahu apa itu dan bagaimanakah bentuk bawang putih itu.
sebab sebagai warga asia penggunaan bawang putih didalam masakan amatlah luas dan praktikal.
hampir setiap masakan dimasukkan bawang putih.
terutamanya masyarakat cina, yang diketahui ramai penggunaan bawang putih sangat tinggi.



bawang putih amat bagus diambil dalam diet seharian kerana ia mempunyai banyak khasiat tersendiri
antaranya:

  • pemankin imuniti
  • anti penuaan
  • mengurangkan kanser perut dan usus
  • mempunyai bahan antikanser
  • menghalang penyakit jantung
jadi kawan-kawan marilah kita makan bawang putih sama ada diambil secara mentah, digoreng, dibakar mahupun dipanggang kandungan ALLICIN didalm bawang putih tidak akan berkurang.
tapi dizaman yang moden dan serba maju ini, pil bawang putih ada dijual di farmasi-farmasi berdekatan seperti Guardian dan Watson.

mencegahlah sebelum mengubati.


Monday, February 4, 2013

KEHILANGAN




Sudah lama aku tidak mencoretkan apa-apa di blog kesayangan ini. Ini kerana aku telah berpeluang untuk bercuti ke Pekanbaru-Bukittinggi, Indonesia pada 31 Januari 2013- 3 Februari 2013.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan selama 4 hari 3 malam disana berjalan lancar dan tiada kecelakaan yang berlaku. 
Berbalik kepada lagu yang menjadi pilihan untuk menghiasi dinding blog kali ini.
Lagu ini merupakan lagu cinta dengar pertama. maksudnya pertama kali dengar terus minat dan nak hafal liriknya untuk nyanyi bersama-sama. 
Untuk pengetahuan semua lagu ini pertama kali dengar masa perjalanan aku dari Pekanbaru ke Bukittinggi yang mengambil masa selama hampir 7jam dan lagu ini acap kali berkumandang di corong radio van (travel) yang aku naiki.
Dalam banyak-banyak lagu yang diputarkan lagu ini yang berjaya menarik perhatian telinga aku sebagai halwa sepanjang perjalanan ini.

Aku: (sambil menguis bahu remaja indonesia) mas, lagu apa yang ni ya?
Mas: Lagu apa ya...hurm..firman, kehilangan mungkin.
Aku: Ooo...enak ya! 

kesimpulannya: sebagai seorang backpack kita tidak boleh merasa malu sedikit pun untuk bertanya apa-apa jika ada sebarang kesulitan dan persoalan walaupun hanya secebis tajuk lagu.