Thursday, February 7, 2013

A GOOD DAY TO DIE HARD



Alhamdulillah sekali lagi diri ini berpeluang untuk menonton premiere screening movie yang bertajuk A Good Day to die Hard. Sekalung terima kasih tidak terhingga kepada Nuffnang dan ChurpChurp kerana telah memilih saya untuk menjadi pemenang buat kali ini. Menang besar! Disebabkan menang besar, diri ini berpeluang untuk mengajak dan sekali gus membelanja kawan-kawan untuk menonton wayang ini. Kawan-kawan yang bertuah untuk kali ini: Irzad, Arwin dan Ali. 
Tanpa kemenangan ini, diri yang kerdil ini tidak mampu untuk membelanja mereka malah untuk diri sendiri pun.


Yang lebih terkesimakan lagi, filem ini ditayangkan di IMAX Hall, TGV 1 Utama!! Sebelum ini wayang percuma hasil kemenangan hanya ditayangkan di hall biasa. yang menarik tentang IMAX Hall ni screen dia sangatlah besar, tingginya seperti bangunan 3 tingkat dan lebarnya selebar 20 depa orang besar. Luas kan? pastu, screen juga sangat terperinci dengan sistem bunyi yang mengagumkan dan yang paling penting sekali efek gegaran yang boleh menggegarkan kerusi anda. Bayangkan jikalau didalam filem ada adegan tanah runtuh, anda pun akan terasa gegaran runtuhan tanah itu secara realiti. amat mengagumkan bukan?.


Cerita A Good Day to Die Hard ini boleh diklasifikasikan sebagai cerita berorientasikan keluarga tetapi penuh dengan adegan lasak serta ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kaum keluarga bawah umur. Cerita ini mengisahkan tentang si bapa bernama John (Bruce Willis) seorang polis yang sedang bercuti. Untuk mengisi masa lapangnya ketika bercuti dia berhasrat untuk memperbaiki hubungannya dengan anak lelakinya yang bernama Jack (Jai Courtney). Jadi dia pun mencari anaknya di Rusia. Si anak merupakan egen CIA yang menyamar sebagai orang biasa dimata ayahnya dan keluarganya. Si anak mempunyai misi sulit di Russia iaitu untuk menyelamatkan mangsa korban politik yang teraniaya. Di satu babak si bapak dan si anak terjumpa di hadapan mahkamah yang baru sahaja dibom oleh orang jahat. Bagaimanakah si bapak boleh terjumpa si anak? apakah reaksi si anak? siapakah petualang disebalik semua kejahatan? apakah kesudahan hubungan si anak dan si bapak? siapakah yang mati di akhir penceritaan?
Semua persoalan ini akan terjawab selepas anda menonton cerita yang amat menarik serta sarat dengan aksi yang mendebarkan diperkayakan dengan grafik yang istimewa dan kesan bunyi yang boleh menguatkan degupan jantung anda. Saya memberi 8/10 bintang untuk cerita ini. Jom tengok!

2 comments:

SharizanHamid said...

gosh!

M said...

quiz hunter yaa kamu, shah?
hebat cari yang percuma percuma, haha :))