Wednesday, January 23, 2013

HANSEL & GRETEL PREMIERE SCREENING




Kali ini ucapan terima kasih tidak terhingga kepada #ChurpChurp kerana sudi menaja tiket wayang kali ini (baca dengan nada jerit). Seronok sungguh bila dapat tahu menjadi salah seorang insan terpilih untuk menonton filem ini. Filem ini memang merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu dan wajib tonton bagi edisi tahun 2013. 


Secara keseluruhan filem ini amat menarik dan menyeronokkan dengan jalan cerita yang menarik, aksi yang meyakinkan dari mula filem sehinggalah tamat dan barisan pelakon-pelakon hebat yang menjadi cucian mata ketika filem ini berlangsung. Bagi peminat cerita aksi dan dongeng filem ini mesti tonton!



Filem ini merupakan bukan cerita sebenar dan hanyalah doneng fantasi sahaja. Tetapi, disebabkan kesan visual yang hebat, jalan cerita yang menarik dan lakonan yang mantap menjadikan filem ini tampak logik bagi minda budak sekolah. Filem ini mengisahkan adik beradik Hansel & Gretel yang ketika kecil telah ditinggalkan didalam hutan belantara. Ketika didalam hutan mereka terjumpa pondok yang diperbuat daripada gula-gula dan coklat dan menarik perhatian mereka untuk memakan pondok itu. Rupa-rupanya pondok itu merupakan pondok ahli sihir jahat yang berhasrat untuk memakan mereka pula. Selepas bergelut dan berlawan-lawan Hansel &Gretel telah berjaya membunuh ahli sihir jahat itu dengan membakarnya didalam oven. Selepas dari kejadian itu Hansel &Gretel telah menjadi pembunuh ahli sihir upahan yang berjaya. Seterusnya sila tengok wayang.

Sekilas yang menarik didalam filem ini:

  1. Hensel dilakonkan oleh Jeremy Renner
  2. Nama raksasa didalam filem ini Edward (haha)
  3. Disebabkan Hansel makan gula-gula di pondok ahli sihir jahat terlalu banyak ketika kecil dia telah menghidap kencing manis (Diabetis)

VOLUNTEER OCBC CYCLE 2013



bersama ustaz suhaib supani

Untuk pengetahuan semua inilah aktivi kesukarelawan (volunteering) yang pertama untuk tahun 2013 dan juga merupakan kali pertama menjadi ketua sukarelawan (leader volunteer) untuk program seumpama ini. Bangga dan terharu. Program ini telah berlangsung di perkarangan KLCC Kuala Lumpur pada 20 Januari 2013.

bersama peserta OCBC Cycle
Alhamdulillah sepanjang program ini berjalan tiada apa-apa masalah yang berlaku. Semua mengikut seperti apa yang dirancangkan. Berurusan dengan 20 orang krew sukarelawan (crew volunteer) yang mengikut kata dan patuh menjadi nilai tambah semasa program ini dijalankan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kami semua langsung tidak mengenali antara satu sama lain, dengan semangat kesukarelawan kami berjumpa dan bertemu dan akhirnya berkawan sesama satu sama lain.

bersama crew volunteer OCBC Cycle

Terima kasih kepada penganjur OCBC Cycle 2013 kerana sudi memilih saya menjadi salah seorang leader volunteer dalam program kali ini. Harap-harap di program yang mendatang peluang keemasan ini terbuka luas untuk diri ini lagi. Kepada semua crew volunteer, terima kasih kerana memberi kerjasama yang penuh maaf jika ada kesulitan. Semoga roh kesukarelawan akan terus utuh dihati kita!

SKYTREX ADVENTURE PARK




 Alhamdulillah, kali ini berpeluang untuk mengikuti satu lagi aktiviti yang mencabar dalam kehidupan seharian aku. Aktiviti ini dinamakan 'Extreme Challenge' yang bertempat di SKYTREX ADVENTURE PARK, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor yang berdekatan sahaja dengan rumah aku. 
Terima kasih tidak terhingga kepada NUFFNANG sebab memilih aku disaat- saat akhir untuk menyertai aktiviti yang amat menyeronokkan dan mencabar kejantanan malah kemachoan setiap insan.



Untuk pengetahuan semua aktiviti ini amatlah mencabar. Hanya yang betul-betul bersemangat dan mempunyai stamina yang jitu sahaja mampu untuk menyelesaikan setiap halangan dan rintangan yang ada disediakan di sini. Antara cabaran yang disediakan di 'extreme challenge' ini ialah memanjang tangga gantung setinggi 12 meter, melakukan 7x 'flying fox' yang menggayatkan, meniti titian yang hanya mempunyai seutas tali dan kita tergantung diantara pokok-pokok yang tinggi, bergayut ala-ala tarzan untuk ke pokok seterusnya dan yang paling penting, semua aktiviti ini dijalankan diatas pokok tanpa memijak tanah yang bersih.


Program ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta di pintu masuk utama Bukit Cahaya@Bukit Cerakah. Selepas itu, kami dibawa ke kawasan skytrex dengan menaiki bas terbuka. Disana kami telah disambut oleh kakitangan skytrex yang amat peramah dan disajikan dengan kudapan sebagai mengalas perut yang amat menyelerakan. Lebih kurang pukul satu tengahari kami telah diarahkan untuk berkumpul dan diberikan taklimat ringkas untuk survival didalam hutan nanti. kami sangat beruntung kerana pihak skytrex telah sudi menaja air mineral, sarung tangan dan beg minuman untuk digunakan semasa aktiviti ini dijalankan.
Terima kasih skytrex!!


Sepanjang lebih kurang dua jam aktiviti ini dijalankan bersama-sama teman-teman blogger yang baru berkenalan tidak terdetik pun rasa jemu dan muak. Hanya rasa cuak menjelma apabila cabaran yang perlu dihadapi amat menakutkan. Berkenal-kenalan sesama sendiri, berkongsi aktiviti, usik-mengusik, gelak dan hilai tawa, tolong-menolong kawan yan lemah itulah antara aktiviti yang kami jalankan semasa berada di dalam hutan. Bagi yang gayat dan takut ketinggian, apabila selesai sahaja aktiviti ini pasti perasaan itu hilang dan tertinggal di dalam hutan Bukit Cahaya Shah Alam.


Secara keseluruhan aktiviti yang disediakan dan program yang dianjurkan ini amat menyeronokkan dan berbekas memberi kenangan yang indah dalam sanubari ini. Semoga pelbagai aktiviti yang menarik seperti ini  dapat dilakukan lagi. 


Tuesday, January 22, 2013

GIVE YOU HELL..!!!




'when you see my face i'll give you hell...
shit, i will give you hell...'

Kisah ini bukanlah baik untuk dikongsi dan bukan jugak buruk untuk diceritakan.Tapi sebagai manusia biasa yang dibesarkan dan dididik di asrama semenjak dari zaman sekolah menengah sehinggalah sekarang nilai-nilai ukhuwah, bekerjasama, tegur-menegur dan hormat-menghormati amatlah di titik beratkan dalam kehidupan seharian. 

Tinggal di asrama ini lain dari tinggal bersama keluarga dirumah. Banyak nilai positif dan negetif yang boleh diambil. Kitalah yang mempunyai hak untuk memilih dan meneruskan jalan hidup yang kita pilih. jika kita memilih untuk jadi orang yang disenangi rakak-rakan, maka sepanjang hidup kita bersama mereka akan berjalan dengan lancar dan harmoni tanpa sebarang masalah. Tapi jika kita memilih sebaliknya, kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian kita.

undang-undang asrama no.1: Jangan usik dan ubah barang orang lain sesuka hati. Mintalah kebenaran sebelum membuat sesuatu.

Wednesday, January 16, 2013

MAMA PREMIER SCREENING



muka seronok tak terhingga
Untuk pengetahuan semua ini merupakan tiket 'premier screening' yang pertama sekali aku menang..!!
terima kasih tidak terhingga kepada NUFFNANG sebab memilih aku menjadi salah seorang pemenang bertuah.
gambar telah menceritakan segalanya.
yup! seronok, terharu dan gembira
campur-campur semua jadilah muka macam tu..haha

tiket 'premier screening' muka belakang
Ramai mesti tertanya-tanya bagaimana untuk memenangi tiket ini.
senang sahaja dengan mengikuti langkah in:

  1. memiliki sebuah blog
  2. mempunyai akaun nuffnang dan mempunyai tanda 'glitterati'
  3. mempunyai akaun nuffnangX
  4. memaparkan iklan nuffnang di blog anda
itu sahaja dan anda layak untuk menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh nuffnang.
kawan-kawan diluar sana, apa tunggu lagi rebutlah peluang keemasan ini!

p/s: terima kasih tidak terhingga kepada kak Atika Ramlan yang menurunkan ilmu ini. Jadi tibalah giliran saya untuk mengajar anda semua diluar sana :)


tiket dimuka hadapan
Secara keseluruhan cerita MAMA ini bukanlah cerita yang wajib tonton dalam kelendar wayang saya. cerita ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang membesar sendiri dihutan belantara tanpa siapa-siapa. mama adik beradik ini telah ditembak oleh papa mereka dan mereka hampir ditembak oleh papa mereka tapi telah diselamatkan oleh hantu MAMA. Selebihnya silalah tengok wayang. saya memberi 2/10 bintang untuk cerita ini.



KALAH DAN MENANG.

adat kehidupan
ada kalah dan menang
ada maju dan mundur
ada baik dan buruk

tapi sebagai seorang manusia biasa,
kita selalu memikirkan perkara yang buruk dan negetif di kotak pemikiran kita melebihi perkara yang positif
jarang kita nak mengambil kira perkara yang positif jika perkara negetif hadir bersama

contohnya: Hari Jumaat lepas Ali menang cabutan bertuah iphone5 dan petangnya pula Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk. Akibatnya sepanjang minggu itu Ali akan kesedihan dan merungut dengan apa yang berlaku pada keretanya, menyumpah seranah orang yang melanggar keretanya. Mindanya sentiasa dipenuhi dengan pemikiran yang negetif diatas apa yang berlaku pada keretanya berbanding dengan kemenangannya mendapat iphone5 dalam cabutan bertuah yang sepatutnya mendatangkan keceriaan, kegembiraan, keseronokkan dan tenaga positif.

jadi kawan-kawan hidup ini adalah ujian
yang kita memang tahu tentang perkara positif dan negetif yang telah, sedang dan akan hadir dalam hidup kita.
sebagai manusia yang matang dan beragama kita mestilah sudah siap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku pada diri kita sama ada positif mahupun negetif.

kitalah yang memilih untuk berada di jalan yang positif dan negetif
kitalah yang memilih untuk memenuhi tenaga positif ataupun negetif dalam diri kita.
kitalah yang memilih untuk menjadi org yang positif ataupun negetif.
kitalah yang menentukannya.

SAYA PILIH POSITIF.
ANDA?






SONG OF THIS WEEK





kali pertama dengar lagu ni bermati-matian ingatkan lagu baru penyanyi kesukaan aku Katy Perry.
tapi bila dengar lama-lama baru la perasan yang suara minah ni lain sikit.
ade pelat-pelat perempuan english. Katy Perry orang Amerika ye.
bahagian korus yang menarik hati untuk menyanyi sekali:

"Primadonna girl, yeah
all i ever wanted was the world
i can't help that but i need it all
the primadonna life the rise and fall
you said that i'm kinda difficult
but it's always someone else's fault."


jadi kawan-kawan di luar sana, jauhilah mencari awek atau pun calon isteri yang berangan sebagai

'primadonna girl"
nanti habis satu dunia dia nak.
kalau yang poket tebal tak kisah lah
tapi yang berpoket nipis macam aku ni elok lah cari yang sedang-sedang saja
Pretty Girl ok!