Wednesday, January 23, 2013

HANSEL & GRETEL PREMIERE SCREENING




Kali ini ucapan terima kasih tidak terhingga kepada #ChurpChurp kerana sudi menaja tiket wayang kali ini (baca dengan nada jerit). Seronok sungguh bila dapat tahu menjadi salah seorang insan terpilih untuk menonton filem ini. Filem ini memang merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu dan wajib tonton bagi edisi tahun 2013. 


Secara keseluruhan filem ini amat menarik dan menyeronokkan dengan jalan cerita yang menarik, aksi yang meyakinkan dari mula filem sehinggalah tamat dan barisan pelakon-pelakon hebat yang menjadi cucian mata ketika filem ini berlangsung. Bagi peminat cerita aksi dan dongeng filem ini mesti tonton!



Filem ini merupakan bukan cerita sebenar dan hanyalah doneng fantasi sahaja. Tetapi, disebabkan kesan visual yang hebat, jalan cerita yang menarik dan lakonan yang mantap menjadikan filem ini tampak logik bagi minda budak sekolah. Filem ini mengisahkan adik beradik Hansel & Gretel yang ketika kecil telah ditinggalkan didalam hutan belantara. Ketika didalam hutan mereka terjumpa pondok yang diperbuat daripada gula-gula dan coklat dan menarik perhatian mereka untuk memakan pondok itu. Rupa-rupanya pondok itu merupakan pondok ahli sihir jahat yang berhasrat untuk memakan mereka pula. Selepas bergelut dan berlawan-lawan Hansel &Gretel telah berjaya membunuh ahli sihir jahat itu dengan membakarnya didalam oven. Selepas dari kejadian itu Hansel &Gretel telah menjadi pembunuh ahli sihir upahan yang berjaya. Seterusnya sila tengok wayang.

Sekilas yang menarik didalam filem ini:

  1. Hensel dilakonkan oleh Jeremy Renner
  2. Nama raksasa didalam filem ini Edward (haha)
  3. Disebabkan Hansel makan gula-gula di pondok ahli sihir jahat terlalu banyak ketika kecil dia telah menghidap kencing manis (Diabetis)

No comments: