adat kehidupan
ada kalah dan menang
ada maju dan mundur
ada baik dan buruk
tapi sebagai seorang manusia biasa,
kita selalu memikirkan perkara yang buruk dan negetif di kotak pemikiran kita melebihi perkara yang positif
jarang kita nak mengambil kira perkara yang positif jika perkara negetif hadir bersama
contohnya: Hari Jumaat lepas Ali menang cabutan bertuah iphone5 dan petangnya pula Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk. Akibatnya sepanjang minggu itu Ali akan kesedihan dan merungut dengan apa yang berlaku pada keretanya, menyumpah seranah orang yang melanggar keretanya. Mindanya sentiasa dipenuhi dengan pemikiran yang negetif diatas apa yang berlaku pada keretanya berbanding dengan kemenangannya mendapat iphone5 dalam cabutan bertuah yang sepatutnya mendatangkan keceriaan, kegembiraan, keseronokkan dan tenaga positif.
jadi kawan-kawan hidup ini adalah ujian
yang kita memang tahu tentang perkara positif dan negetif yang telah, sedang dan akan hadir dalam hidup kita.
sebagai manusia yang matang dan beragama kita mestilah sudah siap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku pada diri kita sama ada positif mahupun negetif.
kitalah yang memilih untuk berada di jalan yang positif dan negetif
kitalah yang memilih untuk memenuhi tenaga positif ataupun negetif dalam diri kita.
kitalah yang memilih untuk menjadi org yang positif ataupun negetif.
kitalah yang menentukannya.
SAYA PILIH POSITIF.
ANDA?
1 comment:
kdg tu cube daa nak fikir positif, tp negatif gak yg dtg..
but i try my best to be +ve person
^_^
Post a Comment