Wednesday, January 23, 2013

VOLUNTEER OCBC CYCLE 2013



bersama ustaz suhaib supani

Untuk pengetahuan semua inilah aktivi kesukarelawan (volunteering) yang pertama untuk tahun 2013 dan juga merupakan kali pertama menjadi ketua sukarelawan (leader volunteer) untuk program seumpama ini. Bangga dan terharu. Program ini telah berlangsung di perkarangan KLCC Kuala Lumpur pada 20 Januari 2013.

bersama peserta OCBC Cycle
Alhamdulillah sepanjang program ini berjalan tiada apa-apa masalah yang berlaku. Semua mengikut seperti apa yang dirancangkan. Berurusan dengan 20 orang krew sukarelawan (crew volunteer) yang mengikut kata dan patuh menjadi nilai tambah semasa program ini dijalankan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kami semua langsung tidak mengenali antara satu sama lain, dengan semangat kesukarelawan kami berjumpa dan bertemu dan akhirnya berkawan sesama satu sama lain.

bersama crew volunteer OCBC Cycle

Terima kasih kepada penganjur OCBC Cycle 2013 kerana sudi memilih saya menjadi salah seorang leader volunteer dalam program kali ini. Harap-harap di program yang mendatang peluang keemasan ini terbuka luas untuk diri ini lagi. Kepada semua crew volunteer, terima kasih kerana memberi kerjasama yang penuh maaf jika ada kesulitan. Semoga roh kesukarelawan akan terus utuh dihati kita!

No comments: