11 GOLOGAN AHLI NERAKA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- 
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup
sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." 
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut
diatas pernah ditanyakan 
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya
Rasulullah, apa maksudnya ayat 
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum
menjawab soalan tersebut 
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh
baginda. Lalu baginda
menjawab: 
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari
kubur akan menjadi 12 
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki
neraka dan hanya 1 golongan 
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11
golongan yang memasuki neraka 
adalah seperti berikut:- 
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini
adalah kerana 
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan
bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu. 
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan
dipenuhi dengan ular 
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan
mengeluarkan zakat. 
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah
balasan mereka yang 
berdusta. 
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini
adalah balasan 
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli
atas penipuan. 
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan
bahu. Ini adalah 
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau
perbuatan jahat. 
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan
keluar nanah dan 
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak
mahu menyaksikan 
kebenaran. 
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu
kepala dibawah dan 
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang
berzina serta mati 
sebelum bertaubat. 
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan
perutnya penuh api. 
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim
secara zalim. 
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2
lain yang 
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani
melawan kedua 
ibu bapanya. 
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya
seperti tanduk, 
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan
pehanya keluar 
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman
keras. 
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,
berjalan di atas 
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan
orang yang beramal salih 
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat LIMA waktu dan
mati 
dalam keadaan bertaubat." 

 
No comments:
Post a Comment