Monday, January 14, 2013

LES MISERABLES

siapa belum tengok lagi cerita ni??
cerita ni merupakan salah satu cerita yang aku tunggu-tunggukan dari tahun 2012 lagi
dan merupakan cerita wayang pertama yang aku tonton bagi edisi tahun 2013
dan aku berikan 8/10 bintang untuk keseluruhan.


secara keseluruhan aku sangat dan amat berpuas hati menonton cerita ni
leka menonton tak sedar hampir tiga jam berlalu begitu saja
cerita ini mempunyai barisan pelakon yang hebat dan terkenal, susunan musik yang menarik, grafik visual yang memukaukan, plot yang tersusun dan dialog yang tepat dan tidak menjemukan penonton.


pelakon yang paling menyerlah dalam cerita ini semestinya Anne Hathaway. bahagian yang paling menyayatkan hati bila Fantine (Anne Hathaway) yang miskin terpaksa berkorban menjual rambut, gigi dan akhir sekali dirinya untuk menyara anaknya. besar betul pengorbanan ibu.


ini pulak watak utama dalam cerita ni, Hugh Jackman @ wolverin. watak wolverin memang tak boleh lari dari diri Hugh Jackman. tapi dalam cerita ini Hugh membawa watak Jean Valjean. seorang banduan yang ditangkap kerana mencuri sekeping roti kerana lapar. kesian betul, kalau di malaysia ni insyaallah pergi je masjid mesti ada makanan yang menanti.


ini pula merupakan anak kepada Fantine, Cossette namenya. babak paling menarik bila Cossette menyanyi lagu Castle on The Cloud. memang terikut-ikut nak nyanyi sekali masa dalam wayang tu sebab di skrin ada lirik sekali, tapi segan nak nyanyi kuat-kuat takut menggangu orang sebelah pula. tapi bila da sampai rumah, terus cari lagu ni dalam YouTube dan hafal terus. menarik!


Akhir sekali terima kasih tidak terhingga kepada Cik Atikah Ramlan sebab sudi ajak untuk menonton filem Les Miserables premier Screening from NUFFNANG!!
pertama kali tengok wayang premier screening siap dapat percuma popcorn dan air karbonat lagi. seronok!
Jom tengok siapa yang tak tengok lagi!!


No comments: